Nazri: Ketua SPRM tidak dipengaruhi elak jawab soalan PAC

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan pembangkang bahawa beliau telah mempengaruhi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang dipanggil untuk menemui Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung isu projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PFKZ) minggu lalu.

Sambil mengakui Ahmad Said ada menemuinya sebelum menghadap PAC, Nazri berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM itu hanya datang untuk menjelaskan sebab beliau tidak dapat hadir pertemuan terdahulu pada 17 Jun lalu. Oleh kerana tidak hadir pertemuan 17 Jun, Ahmad Said menemui PAC minggu lalu yang mengambil keterangan berhubung isu pembangunan PKFZ.

"Saya bersetuju memang beliau ada menemui saya (di pejabat saya)... beliau cuma menjelaskan mengapa tidak hadir apabila dipanggil oleh PAC (17 Jun)," katanya ketika menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat petang ini.

Lim mengemukakan soalan itu ketika Nazri menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.

"Saya tak pernah kata jangan jawab... beliau datang jumpa saya dan jelaskan (sebab tidak hadir pertemuan PAC 17 Jun), tidak lebih dari itu," katanya.

Pertemuan dengan PAC minggu lalu turut dihadiri Pesuruhjaya Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul.

Nazri menjelaskan, Ahmad Said mengambil pendirian tidak mendedahkan hasil siasatan terhadap is projek PKFZ memandangkan ia masih disiasat.

"Kes PKFZ sedang disiasat. Oleh itu tidak boleh didedahkan," kata Nazri sambil menambah, beliau telah meminta Ahmad Said bahawa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM harus hadir jika diminta oleh PAC.

"Walaupun Ketua Setiausaha dipanggil (PAC) mereka kena hadir," katanya.

Bagaimanapun Ahmad Said dalam pertemuan kira-kira sejam tidak menyatakan apa-apa maklumat lanjut mengenai hasil siasatan PKFZ.

Esok, PAC akan mendapatkan keterangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung PKFZ.

Minggu lalu, Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw berkata, ini bagi mendapat penjelasan berhubung nasihat Peguam Negara itu mengenai pembelian tanah di Pulau Indah oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan