Liberalisasi boleh jadi langkah utama 1Malaysia - Tee Keat

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah liberalisasi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini boleh menjadi satu usaha penting ke arah membina 1Malaysia yang mampu menjadi peserta global sebenar, kata Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Langkah tersebut memberi asas baru dan membuka beberapa peluang untuk perniagaan di dalam dan luar Malaysia memandangkan ia bertujuan menjadikan pelaburan dalam negara lebih menarik.

"Langkah ini menunjukkan kesediaan Malaysia untuk bersaing di tempat yang sama berdasarkan kepada meritokrasi."

Najib yang juga Menteri Kewangan hari ini mengumumkan bahawa semua transaksi hartanah termasuk antara warga asing dan bukan Bumiputera, tidak lagi memerlukan kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) dan kebenaran FIC hanya diperlukan bagi transaksi hartanah yang melibatkan pengurangan pemilikan hartanah kepentingan Bumiputera atau kerajaan bernilai RM20 juta dan ke atas.

Ong, yang juga Menteri Pengangkutan berkata langkah itu menunjukkan permulaan perubahan minda yang dijangka dapat menarik pelabur, merangsang ekonomi dan menggalakkan rakyat lebih kompetitif.

"Perubahan bukan mudah dan Najib telah menunjukkannya dengan kekuatan dan semangat politik untuk memulakan perubahan berkesan untuk kita bergerak ke hadapan bersama-sama sebagai 1Malaysia untuk hari esok yang lebih baik," kata Ong dalam blognya di www.ongteekeat.net hari ini. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan