Kepung Karpal: 4 Ketua Pemuda Umno didenda RM1,000

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Ahli Parlimen Segambut,Lim Lip Eng dan N. Gobalakrishnan (PKR- Padang Serai) cuba meleraikan pergaduhan denga Pemuda Umno Selangor  di bangunan Parlimen. Foto BERNAMA
Ahli Parlimen Segambut,Lim Lip Eng dan N. Gobalakrishnan (PKR- Padang Serai) cuba meleraikan pergaduhan denga Pemuda Umno Selangor di bangunan Parlimen. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat mengenakan denda RM1,000 ke atas empat pemimpin Pemuda Umno Selangor yang mengepung Pengerusi DAP, Karpal Singh di Parlimen Februari lalu.

Mereka ialah Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdullah; Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omar Din; Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Azahari Datuk Shaari dan Ketua Pemuda Umno Serdang, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal.

Difahamkan mereka perlu membuat bayaran denda di Parlimen.

"Hukuman yang dikenakan ini adalah hukuman maksimum seperti yang diperuntukkan undang-undang mengikut Seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Mereka melakukan kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Peruntukan itu berbunyi: "menyerang, menghalang atau mencela mana-mana ahli yang datang ke Majlis atau meninggalkan atau kerana kelakukannya dalam Majlis atau berusaha memaksa mana-mana Ahli dengan kekerasan, celaan atau ancaman untuk menyatakan dirinya menyokong atau menentang apa-apa cadangan atau perkara yang belum selesai di hadapan atau dijangkakan akan dibawa ke hadapan, Majlis".

Dalam pada itu lapan anggota Dewan Rakyat termasuk tiga daripadanya ahli Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat dikenakan 'hukuman' pencelaan kerana enggan bekerjasama dan menyertai jawatankuasa itu.

Selain Karpal sendiri, mereka yang merupakan saksi ialah Fong Po Kuan (Batu Gajah-DAP), Lim Lip Eng (Segambut-DAP), N. Gobalakrishnan (Padang Serai-PKR), Fong Kui Lun (Bukit Bintang-DAP).

Ahli jawatankuasa yang tidak bekerjasama pula ialah Lim Kit Siang (DAP), Datuk Kamarudin Jaffar (PAS) dan R. Sivarasa (PKR).

Laporan jawatankuasa itu yang ditandatangani oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat.

Sementara itu, jawatankuasa tersebut berkata, ia memandang berat tentang keengganan ahli-ahli Parlimen yang telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa untuk menyertainya dan enggan hadir sebagai saksi dalam prosiding.

"Bagi mengelakkan supaya perkara sedemikian tidak berlaku lagi pada masa hadapan, oleh yang demikian, jawatanlkuasa bersetuju supaya dikenakan pencelaan oleh Speaker kepada ahli-ahli berkenaan," katanya.

Dalam kejadian pada 26 Februari lalu, dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno Selangor 'menunjukkan fizikal kekuatan' dengan bergelut di bangunan berhubung isu Karpal mengeluarkan perkataan 'celaka'.

Insiden itu bermula apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen.

Latt Sharizan dan Megat Zulkarnain mengepung Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.

Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.

Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila Lim dan Fong cuba mempertahankan Karpal.

Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut itu.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.

Namun, keadaan panas semula apabila Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan