Isu tukar agama: AG beri MP taklimat hari ini

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen beragama Islam akan diberi taklimat oleh Peguam Negara petang ini berhubung tiga akta bakal dipinda bagi menangani isu-isu berhubung tukar agama yang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dijadual memberi taklimat pada pukul 6 petang ini dengan dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Surat jemputan menghadiri majlis itu yang dinamakan sebagai Taklimat Pembentangan Rang Undang-undang Berkaitan Pemelukan Agama Islam telah diedarkan kepada anggota Dewan Rakyat pagi semalam.

Ahli Parlimen Machang dari Pakatan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail berkata, jemputan agar mengambil dalam taklimat diedarkan semalam.

"Berdasarkan makluman kad jemputan, saya difahamkan semua Ahli Parlimen beragama Islam dipanggil untuk mengambil bahagian dalam taklimat ini," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ditemui di lobi Parlimen.

Dalam pada itu, menurut beliau, ahli-ahli Parlimen PKR mengadakan perbincangan dengan Majlis Peguam manakala wakil rakyat PAS pula dengan Pusat Islam hari ini bagi mendapatkan input mengenainya.

Pertemuan antara wakil rakyat PAS dengan Pusat Islam berlangsung tengah hari tadi. Rang undang-undang berkaitan isu pemelukan agama Islam dijangka dibahaskan Rabu dan Khamis ini.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ketiga-tiga rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan pada sesi Parlimen yang bersidang sekarang.

Ketiga-tiga undang-undang tersebut ialah Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Beliau berkata, draf mengenai pindaan tiga akta tersebut telah pun disediakan pada 2007 yang menyentuh hak jagaan anak, nafkah anak dan isteri serta pembahagian aset perkahwinan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan