Hubungan peribadi perkukuh bilateral Malaysia-Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Banyak masalah kecil yang timbul dari masa ke semasa antara Malaysia dan Indonesia boleh diatasi dengan baik dan segera dengan memperkukuh hubungan peribadi antara pemimpin, pegawai awam, tentera dan media massa di kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hubungan peribadi yang baik dapat menjangkau penyelesaian masalah, malah tanpa perlu dibawa ke meja rundingan secara rasmi.

"Dengan hubungan peribadi yang dekat dan akrab, apa pun masalah boleh diselesaikan dengan hanya satu panggilan telefon sebab kita telah saling mengenali hati budi rakan sejawatan kita," katanya pada jamuan tengahari dan perjumpaan dengan pegawai Kedutaan Besar Malaysia di sini, Isnin.

Beliau berkata banyak masalah kecil itu diperbesarkan oleh media massa kerana persepsi yang berbeza kerana keduadua negara mempunyai bagasi budaya yang berbeza dan di situlah punca masalah yang harus ditangani.

Ahmad Zahid yang mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari di Yogyakarta, Jakarta dan berakhir di Bandung esok, berkata sejak memimpin Pemuda Umno lagi beliau mengambil pendekatan itu sehingga hubungan yang terjalin dengan pemimpin di Indonesia terus akrab hingga sekarang.

"Baik dengan Indonesia mahupun negaranegara Asean yang lain, hubungan saya lebih interpersonal. Hubungan peribadi yang baik saya wujudkan dengan pemimpin, rakan sejawatan dan parti-parti politik di negara-negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada panglima hingga pegawai termasuk yang berkhidmat di Indonesia serta pegawai di kedutaan wajib saling berkunjung dengan rakan sejawatan mereka di Indonesia termasuk menghadiri majlis tidak rasmi seperti kenduri kendara.

"Saya mahu para pegawai ATM daripada ketigatiga panglima dan pegawainya mempunyai hubungan peribadi yang baik sehingga boleh berkunjung ke rumah masingmasing, menghadiri majlis kahwin anak-anak dan majlis tidak formal lainnya.

"Dengan cara ini penjelasan mengenai sesuatu hal dapat diberikan lebih mudah, tepat dan dengan perspektif yang ikhlas yang lebih mudah difahami dan diterima kerana telah saling kenal dengan baik," katanya.

Menyentuh perkembangan di Kementerian Pertahanan, Ahmad Zahid berkata sejak 80 hari mengetuainya antara langkah yang beliau ambil ialah menggalakkan semua pegawai awam di kementerian menyertai pasukan Askar Wataniah untuk lebih saling memahami dan mengatasi masalah persepsi yang berbeza.

Dalam usaha meningkatkan kebajikan pesara ATM pula, katanya, Akta Veteran Malaysia yang akan dibentuk tidak lama lagi, antara lain menghendaki ada pendaftar pertubuhan khusus untuk mendaftar semua persatuan yang mewakili bekas tentera agar kebajikan mereka lebih terjaga dan persatuan mereka tidak dipolitikkan.

Terdahulu, pada sebelah pagi Ahmad Zahid meletakkan kalungan bunga di Makam Pahlawan Indonesia di Kalibata di sini dengan disertai delegasi, termasuk Panglima Tentera Udara Tan Sri Azizan Ariffin. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan