Guna sistem pemberat sesuai pilih calon penerima Biasiswa Nasional - GPMS

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sambil menyambut baik penubuhan Biasiswa Nasional itu yang akan diberi kepada pelajar tanpa mengira kaum mulai tahun depan, Reezal berkata selain kecemerlangan akademik yang kekal sebagai asas utama penganugerahan biasiswa, penglibatkan kokurikulum yang aktif juga perlu diambilkira.

"Dengan wujudnya jumlah subjek yang terhad di peringkat SPM, kelompok pelajar sewajarnya lebih aktif dalam kokurikulum, akademik dan bukan akademik.

"Meletakkan peratusan pemberat yang lebih tinggi kepada kegiatan kokurikulum dirasakan penting bagi memberi ruang kepada pembinaan sahsiah dan kemampuan yang lebih terserlah di kalangan generasi muda," katanya dalam kenyataan semalam.

Reezal Merican berkata status sosioekonomi juga perlu diberi penekanan menyeluruh berikutan pencapaian cemerlang di kalangan pelajar bandar dan luar bandar mempunyai perbezaan yang ketara. Beliau berkata status sosioekonomi juga perlu diberikan penekanan menyeluruh berikutan pencapaian yang cemerlang di kalangan pelajar bandar dan luar bandar mempunyai perbezaan yang ketara.

"Kualiti pencapaian 10A1 seorang pelajar di Kuala Lumpur misalnya pastinya tidak sama dengan 'kualiti' seorang pelajar yang sama pencapaiannya di Tanah Tinggi Bario (Sarawak) mahupun kawasan seperti di Kinabatangan di Sabah," katanya.

Reezal Merican berkata GPMS juga mahu penerima Biasiswa Nasional terdiri daripada kelompok pelajar yang mempunyai citacita dan semangat patriotisme yang tinggi.

"Ini bagi memastikan penerima biasiswa menganggap ia sebagai amanah untuk membawa kecemerlangan jangka panjang kepada negara dan bukan hak eksklusif," katanya. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan