GLC bersaing sama adil, tiada bantuan kerajaan - Najib

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada timbulnya isu yang kerajaan menyediakan bantuan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disebabkan oleh pegangan sahamnya, sehingga menjejaskan saingan sektor swasta.

Dalam sektor teras mereka masingmasing, GLC mesti bersaing dengan adil dan saksama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan tiga prinsip utama yang akan diguna pakai dari segi mentakrifkan peranan GLC dalam bergerak ke hadapan.

"GLC patut memberi tumpuan kepada aktiviti teras dan oleh itu, mesti terus melupuskan aktiviti-aktiviti bukan teras," kata beliau di Persidangan Invest Malaysia 2009 di sini hari ini.

Beliau berkata yang GLC seharusnya hanya beroperasi dalam sektor di mana mereka, sebagai entiti milik institusi, boleh menjadi berdaya saing, malah mereka juga patut memangkinkan dan membangunkan ekosistem domestik, termasuk para vendor.

Najib, yang juga merupakan menteri kewangan berkata GLC seharusnya melepaskan syarikat yang beroperasi dalam sektor atau aktiviti skala kepada usahawan untuk mereka kendalikan.

"Menerusi prinsip ini, kerajaan yakin GLC akan memainkan peranan pelengkap bersama-sama sektor swasta ke arah merealisasikan sepenuhnya Malaysia Inc yang dinamik dan meningkatkan daya saing negara," kata beliau.

Beliau mengambil contoh Petronas, MISC, Sime Darby, MAS, Axiata, CIMB dan Maybank, iaitu antara GLC yang mesti ada citacita untuk berkembang sehingga ke peringkat tertinggi, sama ada menjadi yang terbaik atau muncul sebagai jaguh serantau, jika tidakpun global.

"Syarikatsyarikat ini mesti meneruskan tinjauan antarabangsa dari segi penembusan pasaran dan daya saing antarabangsa," kata beliau. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan