Gangguan bekalan air di KL dan Selangor hari ini

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air sementara akan berlaku di beberapa kawasan di sekitar sini dan Selangor mulai 5 petang esok hingga 6.30 pagi Rabu.

Kawasan yang terlibat di sekitar Sepang ialah di Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Kampung Sungai Merab Luar, Desa Seri Melor 1, Kampung Sungai Merab Tengah, Desa Anita, Desa Sentosa Teras Jernang, Taman PKNS Seksyen 12, Taman Desa Damai, Taman Desa Sri Melur 2, Taman Desa Saujana, Desa Pinggiran Putra dan Taman Air Hitam Permai.

Kuarters UPM Serdang, Kampung Sungai Merab Ulu, RTB Limau Manis, RKT Limau Manis, Sungai Merab, RKT Sungai Merab, Taman Lestari Putra, Kampung Teras Jernang, Kampung Asli Bukit Dugang, Desa Mekar RKT Sungai Merab, Desa Makmur, Taman Persona Mekar Sungai Merab, Taman Casa Mekar Sungai Merab, Sungai Merab Luar Lot 5084 serta RKT Kampung Tengah.

Bagi Hulu Langat, kawasan terlibat ialah West Country, Taman University, Kampung Sungai Tangkas, Hentian Kajang, Taman Tenaga, tamantaman perumahan di Jalan Reko, Taman Kajang Utama, Tamantaman perumahan di Jalan Bukit, Taman Jasmin, Taman Kajang Prima, Bandar Teknologi, Taman Harmoni Semenyih, Kawasan Perumahan Sungai Jelok, Taman Kajang Perdana, Taman Sri Jelok, Taman Sakap, Taman Asa Jaya serta Taman Villa Heights.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) semalam, gangguan berlaku ekoran kerjakerja pengalihan paip, pemasangan injap serta pemasangan meter bagi memaksimumkan lagi tahap saluran bekalan air kepada pengguna.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung gangguan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1800885252 atau SMS dengan menaip PUSPEL jarak dan taipkan aduan atau pertanyaan sebelum dihantar ke 39222.

Maklumat boleh juga boleh diperolehi menerusi laman web Syabas di www.syabas.com.my. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan