Abdullah harap Endon diingati rakyat berbilang kaum

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi membaca surah Yasin untuk arwah isterinya Allahyarhamah Tun Endon Mahmud sempena majlis kesyukuran penganugerahan gelaran Tun di Wisma Penyayang dekat Taman Equine. Foto THE STAR Oleh: SHAARI CHE MAT
Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi membaca surah Yasin untuk arwah isterinya Allahyarhamah Tun Endon Mahmud sempena majlis kesyukuran penganugerahan gelaran Tun di Wisma Penyayang dekat Taman Equine. Foto THE STAR Oleh: SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap jasa arwah isterinya Allahyarham Tun Endon Mahmood sentiasa diingati oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Bekas perdana menteri berkata: "Antara kejayaan Allahyarham Endon ialah beliau telah berjaya mempromosikan industri batik dan kebaya di Malaysia sehingga mendapat sambutan di peringkat antarabangsa."

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya selepas majlis tahlil dan bacaan Yaasin anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) bagi memperingati tahun keempat kepulangan Endon ke rahmatullah, di sini hari ini.

Abdullah berharap Penyayang dapat meneruskan legasi Allahyarham Endon dengan mempergiat lagi aktiviti kemasyarakatan, mempromosi batik dan kebaya Malaysia serta memperbanyak pelbagai aktiviti lain.

Majlis itu, yang dihadiri lebih dari 300 orang adalah juga majlis kesyukuran untuk Allahyarham Endon yang menerima Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun daripada Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena ulangtahun hari keputeraan baginda tahun ini.

Majlis itu turut dihadiri anak perempuannya Nori Abdullah, yang juga Pengerusi Penyayang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Datuk Leela Mohd Ali, sanak saudara Allahyarham Endon, beberapa orang kenamaan dan ahli persatuan pengilang batik Malaysia.

Antara orang kenamaan yang hadir ialah mantan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan