84.8 peratus setuju pendekatan Islam Hadhari

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR Hasil kajian mengenai pelaksanaan Islam Hadhari menunjukkan 84.8 peratus dari 2,244 responden bersetuju dan menerima pendekatan Islam Hadhari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata responden terbabit terdiri daripada penjawat awam, kakitangan swasta, ahli korporat, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan politik, mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi, warga pendidik, pelajar sekolah dan anggota tentera yang mengikuti program penerangan dasar itu.

"Antara kajian yang dijalankan ialah Kajian Kefahaman dan Penerimaan Masyarakat Terhadap Pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan oleh Pakarunding Sdn Bhd, Universiti Kebangsaan Malaysia yang melibatkan seramai 2,244 responden," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PASRantau Panjang) mengenai hasil kajian pelaksanaan Islam Hadhari oleh kerajaan.

Jamil Khir berkata selain itu, terdapat juga kajian dan penulisan tesis di kalangan penyelidik Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap pendekatan Islam Hadhari ke arah melahirkan masyarakat Islam yang cemerlang di kehidupan dunia dan akhirat.

Beliau berkata pelaksanaan dasar Islam Hadhari yang itu juga mempunyai persamaan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jamil Khir berkata tanggapan pembangkang bahawa dasar Islam Hadhari gagal dan dilihat tiada kesinambungan dengan 1Malaysia adalah tidak.

"Jika dirujuk secara telus dan lengkap 10 perkara pokok melalui pendekatan Islam Hadhari dan dihubungkan dengan 1Malaysia, di sana ada persamaan yang begitu dekat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan