Tun Abdullah: Lebih baik berbincang daripada berdebat

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menasihatkan Pas dan Umno supaya menyelesaikan kemelut antara dua parti itu secara perbincangan dan bukan berdebat secara terbuka.

Beliau berkata, pendekatan berdebat itu tidak akan membawa keduadua parti itu ke manamana jika isu atau masalah pokok yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam tidak diselesaikan.

"Tak perlulah pendekatan seperti itu (debat terbuka). Adalah lebih baik keduadua parti itu duduk dan berbincang apa yang menjadi masalah sehingga menimbulkan keadaan tidak senang hati di kalangan orang Melayu.

"Apakah masalah itu ada kaitan dengan agama yang menyebabkan perselisihan faham dan menyebabkan Umno dan Pas bercanggah pendapat dan pendirian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA bahagian Kepala Batas, di sini hari ini.

Menurutnya, orang Melayu boleh bergaduh dan berpecah belah kerana agama dan adalah lebih baik keduadua pihak mewujudkan persefahaman dan tidak berbalah tentang perkara itu lagi supaya keadaan dalam masyarakat Melayu lebih tenang.

Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, keduadua parti itu perlu menyelesaikan bersama isu penting tentang Melayu dan Islam segera supaya mereka tidak bertelagah lagi mengenainya pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan debat secara terbuka untuk menyelesaikan kemelut politik antara keduadua parti itu.

Nik Aziz dilapor akan menghantar surat mengenai perkara itu kepada Najib.

Abdulah berkata, Pas dan Umno harus mewujudkan perpaduan demi masa depan Melayu dan agama Islam tetapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh berbeza pendapat dan pandangan.

"Apa yang penting ialah mencari jalan penyelesaian berhubung isu Melayu dan agama Islam dan tidak bergaduh tentang perkara ini lagi," katanya.

Ketika ditanya sama ada idea kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno perlu diteruskan pada masa akan datang, Abdullah berkata, terpulang kepada Pas dan Umno untuk menentukannya tetapi baginya apa yang penting ialah menangani isu yang wujud di kalangan orang Melayu.

Beliau juga meminta Nik Aziz supaya tidak membuat pelbagai tuduhan yang mengaitkan Umno dengan komunis dan sebagainya kerana ia adalah perbuatan yang tidak baik.

"Dia terlajak cakap tu... tak elok buat tuduhan seumpama itu," katanya.

Di ALOR SETAR, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perdebatan antara UMNO dan PAS tidak akan membawa sebarang faedah malah beliau menganggapnya sebagai hiburan semata-mata.

Dr Mahathir berkata debat di Malaysia tidak sama dengan debat pemilihan presiden Amerika Syarikat yang banyak memberi faedah kepada rakyat dan negara.

"Di sini, apabila berdebat kita masuk belah kita, dia masuk belah dia walaupun ia salah," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas hasrat Nik Aziz.

Dr Mahathir ditemui selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat Kedah (MUBARAK) di sini.

"Perdebatan itu hanya membuang masa dan sebagai hiburan sematamata," katanya dan sambil menambah wakil rakyat dipilih bukan untuk menghiburkan rakyat dengan perdebatan yang tidak memberi makna. Mengenai pilihan raya kecil Manek Urai Julai ini, Dr Mahathir berkata beliau akan turun membantu BN jika diminta oleh parti.

Penamaan calon Dewan Undangan Negeri Manek Urai dijadualkan pada 6 Julai ini dan sekiranya terdapat pertandingan, pembuangan undi ditetapkan pada 14 Julai. "Sekarang siapa sahaja boleh jadi calon. Posmenpun boleh," katanya ketika diminta mengulas pemilihan seorang pemborong ikan oleh PAS sebagai calon parti itu untuk bertanding di Manek Urai.

Ketika menjawab soalan pemberita mengenai cara untuk mengatasi masalah ekonomi sekarang, beliau berkata kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas terdiri daripada pakarpakar bidang tertentu termasuk Perdana Menteri yang memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikannya.

"Saya tidak ada jawapan bagi masalah yang melanda sekarang tetapi pada masa krisis kewangan (1997 semasa beliau menjadi Perdana Menteri), saya bermesyuarat setiap hari dan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengatasi masalah tersebut tetapi sekarang keadaan lebih teruk," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan