PKFZ: Tee Keat tak layan cabaran debat Kit Siang

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau tidak akan melayani cabaran Lim Kit Siang untuk menyertai siri debat di lima negeri mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), kerana berpendapat penasihat DAP itu akan memutarbelitkan fakta berhubung isu beerkenaan. "Kalau hendak berdebat pun, saya harap beliau boleh berdebat dengan kewarasan dan sopan santun. Tindakan memutarbelitkan fakta tidak dapat menyelesaikan isu PKFZ," kata Ong kepada pemberita di lobi Parlimen Isnin. "Kalau orang politik macam dia (Lim) yang nak buka gelanggang (debat), dia sendiri jadi tok dalang, mendalangi sendiri apa yang dia cakap, sendiri yang mendakwa, sendiri yang buat kesimpulan, saya rasa, akhirnya itu sesuatu yang hanya memalukan dirinya sendiri saja," kata Ong yang juga Presiden MCA. Katanya, sejak tiga tahun lepas, Lim telah mengungkit soalan yang sama mengenai PKFZ. "Jawapan telah dibuat, fakta yang dia nak pun dah didedahkan, dia masih lagi dalam keadaan celaru. Saya rasa sama ada dia kurang faham ke atau buat-buat tak faham. Terdahulu, Lim yang juga Anggota Parlimen Ipoh Timur dalam sidang medianya mencabar Ong supaya turut membawa bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan Datuk Seri Chan Kong Choy yang turut dikaitkan dengan isu PKFZ bagi membantunya ketika berdebat. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan