Pergaduhan di kem PLKN kebanyakan disebabkan perkara remeh

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 80 peratus daripada kes pergaduhan di kemkem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah disebabkan salah faham atau hal-hal remeh, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata pergaduhan dan permasalahan yang berlaku dalam kemkem PLKN adalah kes terpencil, dan statistik juga menunjukkan bahawa jumlahnya semakin menurun iaitu 130 kes pada tahun 2007, 2008 (74 kes) dan 2009 (24 kes setakat ini).

"Pergaduhan dan salah faham memang berlaku dalam kemkem PLKN, tetapi ia berlaku kerana salah faham dan tidak dirancang," katanya semasa menjawab soalan tambahan Nancy Shukri(BN-Batang Sadong) yang ingin tahu apakah langkahlangkah yang diambil kerajaan bagi memastikan pergaduhan di kem PLKN seperti di Kem Tasik Chini Pahang barubaru ini dapat diminimakan.

Menjelaskan perkara itu Dr Abdul Latif berkata pergaduhan yang melibatkan 11 pelatih dari kaum Cina dan enam pelatih kaum Melayu di kem berkenaan barubaru ini berpunca daripada salah faham, ekoran peristiwa tolakmenolak yang berlaku sewaktu para pelatih diminta berkumpul.

"Kerana malam lepas ada ribut, maka komander dan jurulatih panggil semua wira dan wirawati untuk berkumpul di dewan. Sewaktu beratur timbul suasana tolakmenolak, ekoran peristiwa itu berlaku pergaduhan," katanya.

Menjawab soalan asal Nancy, Dr Abdul Latif berkata bagi membantu meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di peringkat awal pemilihan menetapkan supaya pengambilan pelatih dibuat mengikut nisbah 60 peratus Melayu dan Bumiputera, 28 peratus Cina, 10 peratus India dan dua peratus etnik lain.

Nancy ingin mengetahui sejauh manakah PLKN berupaya membantu meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat.

"Sebanyak 20 peratus pelatih dari Sabah dan Sarawak ditempatkan di kemkem di Semenanjung, dan 20 peratus bilangan pelatih Selangor dan Kuala Lumpur ditempatkan di kemkem PLKN Sabah dan Sarawak.

"Sehubungan itu pelatihpelatih dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa menjalankan aktivitiaktiviti yang ditetapkan dalam Modul Fizikal, Kenegaraan, Pembinaan Karakter dan Komuniti," katanya.

Beliau berkata kajian keberkesanan untuk memupuk perpaduan juga menunjukkan pencapaian 88 peratus pada 2007 dan 2008. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan