Kereta perisai condor ATM langgar lori

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pemandu lori getah sekerap terkejut besar apabila mendapati "kenderaan" yang melanggar belakang lorinya adalah sebuah kereta perisai tentera.

Pemandu lori berkenaan, Tam Kim Meng, 44, berkata ketika kejadian di KM30 Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, pagi ini, beliau sedang memperlahankan kelajuan lorinya berikutan sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Sampai di tempat kejadian saya memperlahankan kenderaan sebab ada sekatan jalan raya oleh JPJ, tiba-tiba saya rasa dentuman kuat dari belakang," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Berikutan kejadian itu, lorinya yang membawa muatan 15 tan getah sekerap itu terhumban ke depan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah kereta Kancil.

"Kereta Kancil itu pula terhumban ke depan sebelum menghentam belakang sebuah kereta jenis Proton Waja," kata Tam.

Ketua Polis Trafik Daerah Kuantan ASP Goh Ewe Gee ketika dihubungi berkata dalam kejadian pukul 11.35 pagi itu, kereta perisai berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Segamat.

"Lori terbabit dalam perjalanan dari Taman Sri Mahkota ke Gemas, Negeri Sembilan. Ekoran pelanggaran itu, lori tersebut terhumban ke depan sebelum merempuh kereta lain, dan kereta di hadapannya turut terhumban ke depan dan melanggar bahagian sebuah lagi kereta," katanya.

Kereta perisai jenis Condor difahamkan datang dari Kem tentera darat Batu 10, Kuantan itu, kemudiannya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dan terbalik, katanya.

"Semua yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan, difahamkan pemandu kereta perisai terbabit hanya cedera ringan sahaja," katanya.

Sementara itu, Penyelia Operasi JPJ itu, Rozman Mohamad berkata semasa kejadian beliau bersama tiga anggota JPJ lain baru 15 minit menjalankan operasi berkenaan.

"Saya terdengar dentuman kira-kira 50 meter dari sekatan berkenaan dan setelah diperiksa kenderaan tentera berkenaan telah melanggar belakang sebuah lori. Tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan