Isu tukar agama: AG beri MP taklimat petang ini

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen beragama Islam akan diberi taklimat oleh Peguam Negara petang ini berhubung tiga akta bakal dipinda bagi menangani isu-isu berhubung tukar agama yang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dijadual memberi taklimat pada pukul 6 petang ini dengan dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Surat jemputan menghadiri majlis itu yang dinamakan sebagai Taklimat Pembentangan Rang Undang-undang Berkaitan Pemelukan Agama Islam telah diedarkan kepada anggota Dewan Rakyat pagi ini.

Ahli Parlimen Machang dari Pakatan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail berkata, jemputan agar mengambil dalam taklimat diedarkan hari ini.

"Berdasarkan makluman kad jemputan, saya difahamkan semua Ahli Parlimen beragama Islam dipanggil untuk mengambil bahagian dalam taklimat ini," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ditemui di lobi Parlimen.

Dalam pada itu, menurut beliau, ahli-ahli Parlimen PKR mengadakan perbincangan dengan Majlis Peguam manakala wakil rakyat PAS pula dengan Pusat Islam hari ini bagi mendapatkan input mengenainya.

Pertemuan antara wakil rakyat PAS dengan Pusat Islam berlangsung tengah hari tadi. Rang undang-undang berkaitan isu pemelukan agama Islam dijangka dibahaskan Rabu dan Khamis ini.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ketiga-tiga rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan pada sesi Parlimen yang bersidang sekarang.

Ketiga-tiga undang-undang tersebut ialah Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Beliau berkata, draf mengenai pindaan tiga akta tersebut telah pun disediakan pada 2007 yang menyentuh hak jagaan anak, nafkah anak dan isteri serta pembahagian aset perkahwinan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan