H1N1: Sekolah Tinggi Chung Hwa Seremban ditutup

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sekolah Tinggi Chung Hwa di Seremban akan ditutup mulai esok hingga 6 Julai ini apabila seorang pelajar perempuan tingkatan 3 sekolah terbabit dijangkiti virus Influenza H1N1 daripada adiknya.

Adik mangsa yang sedang belajar di Australia telah pulang untuk menghabiskan cuti baru-baru ini telah disahkan menghidap virus tersebut.

Sekolah berkenaan merupakan sekolah kelima yang ditutup untuk mengelakkan penyebaran virus tersebut.

Minggu lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 1 dan 2 di Petaling Jaya serta Seri Cempaka International School di Cheras ditutup seminggu kerana penularan tempatan virus tersebut.

Empat sekolah yang ditutup sebelum ini telah memulakan sesi persekolahan masing-masing.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata Malaysia telah mengesahkan 12 kes baru influenza A(H1N1) termasuk satu kes jangkitan tempatan setakat pukul 8 pagi ini, menjadikan keseluruhan 124 kes dilaporkan di negara ini.

Ismail berkata kesemua kes baru itu membabitkan tujuh rakyat Malaysia dan lima warga asing iaitu tiga dari Indonesia dan dua dari Amerika Syarikat.

"Daripada 11 kes import, mereka telah memberikan sejarah melawat negara yang terjejas dengan wabak influenza A(H1N1) iaitu Melbourne (4), Jakarta (4), Amerika Syarikat (2) dan London (1)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata daripada jumlah terkumpul 124 kes, 106 adalah kes import dan 18 kes jangkitan tempatan manakala 53 kes masih menunggu keputusan.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan. Katanya setakat ini, 36 pesakit influenza A(H1N1) masih menerima rawatan di 10 buah hospital di seluruh negara dengan 88 lagi pesakit telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Menurutnya jumlah kontak yang sedang menjalani kuarantin di rumah adalah 628 orang dan semuanya berada dalam keadaan sihat.

Merujuk ke situasi global, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 61,191 kes dan 265 kematian daripada 112 negara telah dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Mengenai kes tempatan terbaru itu yang dikesan Jumaat lalu, Dr Mohd Ismail berkata ia adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 bulan di mana ibunya sebelum ini dikesan positif jangkitan itu selepas kembali dari Phuket, Thailand.

"Mangsa kanakkanak itu tidak mempunyai sejarah melawat negara yang terjejas dengan wabak itu dan keadaannya kini stabil selepas diberi rawatan antiviral," katanya.

Katanya enam ahli keluarga budak berkenaan dikenakan kuarantin rumah dan berada dalam keadaan sihat selepas diberikan rawatan profilaksis antiviral. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan