Cabaran debat Nik Aziz, Najib tidak perlu - Tengku Adnan

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Cabaran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu PAS dan Umno tidak perlu diadakan selagi pemimpin PAS masih berdolak-dalih dalam pelbagai perkara terutama dalam soal kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apaapa keuntungan dan faedah kepada Umno dan rakyat.

"Untuk apa mahu berdebat? Tak masuk akal untuk berdebat dengan pemimpin PAS yang bercakap dolak dalih.

"Apa yang penting Umno dan kerajaan mahu memperjuangkan kepentingan rakyat di Manik Urai. Ini yang lebih penting daripada melayan cabaran debat itu," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Manik Urai di Kampung Sok Luar di sini, hari ini.

Semalam Nik Aziz mencabar Najib untuk berdebat yang kononnya bagi menyelesaikan beberapa perkara seperti kerajaan perpaduan dan isu fitnah memfitnah.

Nik Aziz dilaporkan berkata pada debat itu beliau mewakili pemimpin Islam manakala Najib dianggapnya sebagai pemimpin sekular.

Tengku Adnan meminta Nik Aziz melihat apa yang telah dilakukannya kepada rakyat Kelantan pada masa PAS memerintah lebih 19 tahun ini.

"Apa yang dia (Nik Aziz) buat (untuk bangunkan negeri). Semua apa yang ada itu hasil usaha yang dibuat kerajaan Pusat. Apa yang PAS tahu buat fitnah dan burukkan pemimpin sematamata," katanya jika BN yang memerintah dalam tempoh tersebut sudah tentu Kelantan akan jauh lebih membangun.

Beliau turut menyelar dakwaan PAS yang kononnya Umno menyogok pengundi Manik Urai yang tinggal di luar untuk tidak pulang pada hari pengundian 14 Julai ini. "Itu fitnah besar. Dan kita faham fitnah yang bermacammacam akan berlaku pada kempen pilihan raya ini," katanya.

Pemuda PAS Kelantan dalam beberapa laman web membuat dakwaan tersebut yang kononnya Umno telah memberi RM300 seorang kepada pengundi di Manik Urai agar tidak pulang untuk mengundi.

Sementara itu, di KUALA KLAWANG, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata cadangan itu tidak membawa sebarang erti dalam menyelesaikan sebarang isu termasuk cadangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh parti pembangkang itu.

"Sebaliknya adalah lebih baik untuk bermuafakat daripada berdebat kerana anggota PAS dan UMNO terdiri daripada kumpulan bangsa dan agama yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Kampung Gagu dekat sini hari ini.

Beliau, yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, berkata tidak ada asas untuk mengadakan perdebatan dan adalah lebih baik untuk bermuafakat jika ada isu yang hendak dikemukakan.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Menteri Besar Kelantan itu yang mengajak Najib sebagai Presiden UMNO mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kemelut antara dua parti itu. "Tiba-tiba.....tiada ribut, tiada hujan maka kita nak debat.....apakah yang mahu diperdebatkan ?.

"Debat itu tidak akan menghasilkan apa-apa perkara, malah saya rasa ini bukan masanya bagi kerajaan ataupun Perdana Menteri untuk menghabiskan masa untuk berdebat," katanya.

Mengenai arahan kepada petugas media menghormati lagu 'Negaraku' pada majlis rasmi kerajaan, Rais berkata jurufoto dan jurukamera media asing turut tidak terkecuali dalam mematuhi peraturan tidak mengambil gambar semasa lagu kebangsaan dimainkan.

Semalam, beliau berkata kementeriannya akan menempatkan pegawai-pegawainya pada majlis rasmi kerajaan bagi memastikan hadirin termasuk petugas media menghormati lagu 'Negaraku' ketika dimainkan.

Peraturan itu bertujuan menghalang segelintir petugas media seperti jurufoto daripada berjalan-jalan sambil memetik kamera mereka ketika lagu kebangsaan dimainkan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan