Tiada anggota ATM dilaporkan alamai H1N1

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Tiada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilaporkan dijangkiti virus Influenza A(H1N1) sama ada yang berkhidmat dalam atau luar negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sekiranya ada anggota ATM yang dijangkiti virus berkenaan mereka juga tidak terkecuali untuk dikuarantin seperti prosedur yang dijalankan terhadap orang awam.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kecemerlangan Pendidikan Sekolah bagi Parlimen Bagan Datoh di sini semalam, katanya anggota ATM yang bertugas di luar negara dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan bebas daripada jangkitan tersebut.

Mengenai seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang sedang menjalani siri Eksesais Kesiapsiagaan dan Latihan Kerjasama 2009 (CARAT 2009) di Kuantan yang disyaki dijangkiti virus tersebut, beliau berkata kes terbabit tidak mengancam kesihatan anggota ATM.

"Ini kerana anggota tentera Amerika tersebut telah dikuarantin dan berada dalam keadaan terkawal sama seperti orang awam yang disyaki atau dijangkiti virus H1N1," kata Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh.

Anggota tentera terbabit dikuarantin di sebuah kem tentera di Kuantan, Pahang kerana telah menunjukkan simptom H1N1.

Eksesais CARAT 2009 selama 10 hari yang bermula 23 Jun lepas merupakan siri latihan dua hala tahunan yang melibatkan 1,600 anggota tentera dari Amerika Syarikat dan enam negara Asean Malaysia, Thailand, Brunei, Singapura, Filipina dan Indonesia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan