Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara bertambah baik dengan bilangan kawasan yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik meningkat berbanding petang semalam.

Jabatan Alam Sekitar (JAs) menerusi laman webnya memaklumkan bahawa sehingga pukul 11 pagi ini, 70 peratus atau 36 kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU baik manakala 20 peratus lagi (15 kawasan) mencatat indeks udara sederhana.

Semalam catatan IPU menunjukkan 30 kawasan (58 peratus) mencatatkan udara baik manakala 21 kawasan (41 peratus) lagi mencatat indeks udara sederhana.

Kawasan yang merekodkan catatan IPU baik sehingga pukul 11 pagi ini termasuk di Johor Kota Tinggi dan Larkin Lama masing-masing menunjukkan catatan IPU 46, Kedah Bakar Arang, Sungai Petani (34) dan Langkawi (26), Melaka iaitu di Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai masingmasing 37, Negeri Sembilan Port Dickson (50) dan Seremban (45), Pahang iaitu di Jerantut (27), di Perai, Pulau Pinang pula merekodkan indeks udara baik iaitu 48, dan di Sabah Tawau (33), Keningau (37) dan Kota Kinabalu (27).

Antara kawasan yang masih di peringkat kualiti udara sederhana termasuk Pasir Gudang (68) dan Muar (59), Johor, Nilai, Negeri Sembilan (53), di Perak Taiping (54) dan Seri Manjung (56) dan di Seberang Jaya 2, Perai Pulau Pinang pula merekodkan bacaan indeks 54.

Di Selangor pula, tiga kawasan menunjukkan kualiti udara sederhana iaitu di Pelabuhan Kelang (59), Shah Alam (52) dan Kuala Selangor (67) manakala Cheras, Kuala Lumpur pula menunjukkan catatan bacaan indeks sederhana iaitu 52. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan