40 peratus petugas awam terima gaji bersih tidak sampai separuh

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berharap ketuaketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rataratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.

"Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah," katanya.

Ahmad Shah berkata ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi agen jualan langsung dan berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.

"Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang," katanya.

Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, bersetuju bahawa satu daripada faktor yang menyebabkan ramai petugas awam berhutang ialah perbelanjaan yang tinggi di bandar.

"Untuk mengatakan mereka ini tidak tahu menguruskan kewangan mereka adalah satu tanggapan salah," katanya.

Yang sebenarnya, kata Muhammad Shaani, ialah gaji petugas awam tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup.

Beliau memberi contoh bahawa 30 tahun lepas, kos untuk satu sarapan ialah RM1.20 tetapi kini ianya melambung lima kali ganda sedangkan pendapatan penjawat awam tidak meningkat selari dengan kenaikan kos itu.

Muhammad Shaani berkata jika kerajaan tidak dapat menaikkan gaji penjawat awam, ia boleh membantu dengan cara lain seperti menjadikan pengangkutan awam lebih murah, menyediakan lebih banyak biasiswa untuk anakanak mereka dan memberikan potongan bagi kemudahan tertentu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan