RTM tetap guna istilah selesema babi - Rais

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan untuk terus mengguna istilah selesema babi dalam laporan dan berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) walaupun berlaku perbezaan pendapat dengan Kementerian Kesihatan.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penggunaan istilah selesema babi bagi menggantikan influenza A (H1N1) oleh RTM adalah bersesuaian untuk menegaskan maknanya kerana ia lebih mudah diterima penduduk negara ini, khasnya orang kampung.

Rais turut menafikan penggunaan istilah itu boleh menimbulkan perbalahan dan kekeliruan kerana yang penting masyarakat memahami maksud yang ingin dinyatakan.

"Perkara ini (penggunaan istilah selesema babi) tidak timbul sebagai isu langsung. Pokoknya masyarakat harus faham selesema itu bukan selesema gajah tetapi selesema babi...jadi sekiranya H1N1 digunakan maka RTM akan gunakan selesema babi untuk menegaskan ertinya.

"Kami telah membincangkan perkara ini dan secara antarabangsanya H1N1 boleh digunakan tetapi di Malaysia kita akan menggunakan istilah selesema babi. Ini bagi memastikan masyarakat dapat memahami maksudnya," katanya selepas menyaksikan raptai penuh majlis Pelancaran Logo dan Lagu 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini, semalam.

Rais dalam kenyataannya kelmarin mencadangkan supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan influenza A (H1N1) yang digunakan ketika ini.BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan