Rais: Terpulang guna istilah Selesema Babi atau Influenza A (H1N1)

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KLAWANG: Terpulang kepada media cetak dan elektronik untuk menggunakan istilah selesema babi atau Influenza A(H1N1), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya penggunaan kedua-dua istilah itu tidak menjadi masalah kerana apa yang lebih penting konteks penggunaannya perlu untuk menegaskan pengertian sebenar wabak penyakit tersebut.

"Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak akan mengeluarkan arahan khusus kepada media cetak dan elektronik untuk menggunakan keduadua istilah tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung serentak Cawangan Umno Bahagian Jelebu di Dewan Budaya Simpang Pertang, dekat sini hari ini.

Rais yang juga Ketua Umno Bahagian Jelebu berkata "Ini bukan satu arahan tetapi amalan dan ia bukannya dasar. Ini bergantung kepada manamana pihak untuk menggunakan istilah sesuai mengikut konteks."

Semalam beliau meminta supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan istilah Influenza A(H1N1) yang digunakan sekarang dengan alasan bagi memastikan orang ramai lebih memahami mengenai penyakit tersebut.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata pihaknya tetap menggunakan istilah Influenza A(H1N1) kerana virus yang menyebabkan penularan wabak itu adalah gabungan tiga aspek iaitu manusia, burung dan babi seperti yang dikenal pasti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bagaimanapun Rais meminta media tidak perlu ghairah untuk memainkan isu penyakit tersebut kerana ia tidak begitu serius di negara ini kerana belum membabitkan sebarang kematian.

"Kita tidak perlu ghairah, sedangkan kematian akibat wabak denggi lebih tinggi begitu juga dengan virus Nipah yang melanda negara pada 1998. Lagipun, ia belum di peringkat wabak yang serius," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan