Manek Urai: BN masih berpeluang menang walaupun sukar

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tetap mempunyai peluang untuk menang walaupun "berhadapan dengan laluan sukar" di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Sehubungan itu jelas Perdana Menteri, bukan sesuatu yang mustahil untuk BN menang dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Kita tahu PAS menang dengan majoriti besar dalam pilihan raya lalu. Ini satu tentangan yang sukar bagi kita.

"Tapi masih ada harapan, bukan bererti tak ada harapan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Sekolah-Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia di St. John Institution, hari ini.

BN akan mengumumkan calonnya esok.

Semalam, pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah dinamakan sebagai calon parti itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob daripada PAS pada 22 Mei lalu. Ditanya mengapa jentera BN dilihat tidak agresif seperti jentera PAS, Najib berkata:

"Kita tak akan ikut rentak PAS. Kita ada cara kita sendiri dalam berkempen."

"Yang penting sekali ini, kita dapat menyampaikan mesej kita kepada semua pengundi," kata Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN. Jelasnya, perkara itu jelas menunjukkan BN ikhlas ingin membela masa depan masyarakat kawasan tersebut.

"Kita akan meletakkan seorang bakal wakil rakyat yang boleh memberi khidmat bakti kepada masyakarat di Manek Urai," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

PEMBANTU RUMAH INDONESIA

Mengenai pembantu rumah Indonesia, Najib yakin tindakan negara itu menghentikan penghantaran sementara tenaga kerja ke negara ini berkuat kuasa serta-merta mulai semalam hanya bersifat sementara.

Menurutnya, bagi mengatasi masalah tersebut, semua pihak harus memainkan peranan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa apabila berlakunya penderaan terhadap pembantu rumah terbabit.

"Kalau ada kes-kes penderaan yang dilaporkan, kita perlu segera bertindak dan menjaga mereka (pembantu rumah).

"Ini akan memberi isyarat lebih jelas kepada mereka (kerajaan Indonesia) bahawa kita mengambil berat terhadap kebajikan pembantu rumah mereka dan dalam masa yang sama kita memandang serius isu tersebut," katanya.

Ditanya bagaimana langkah untuk mengembalikan kenyakinan kerajaan Indonesia berhubung isu pemberhentian pembantu rumah warga Indonesia ke Malaysia, Najib berkata:

"Kita mesti bertindak ikut saluran undang-undang untuk selesaikannya (isu penderaan pembantu rumah) dengan pantas dan berkesan."

"Bila mereka yakin dengan usaha kita (kerajaan Malaysia), saya yakin mereka akan kembali menghantar pembantu rumah ke Malaysia," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan