Tolak kerajaan perpaduan, himpunan khas Pakatan tunjuk 'solidariti'

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mahu menggunakan Himpunan Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat di sini Selasa depan bagi menujukkan ikatan pembangkang itu masih kukuh selepas dilanda kontroversi idea kerajaan perpaduan.

Malah, difahamkan perhimpunan yang akan berlangsung di Stadium MPPJ, Kelana Jaya juga akan digunakan sebagai platform memulihkan persepsi penyokongnya menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan.

"Ini (himpunan) diadakan sebagai satu majlis kesyukuran selepas idea perbincangan kerajaan perpaduan ditolak dan kata sepakat dicapai oleh parti komponen Pakatan Rakyat Isnin lalu," kata Pengarah Sekretariat Penganjur, Salahuddin Ayub.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, menerusi perhimpunan itu pihaknya mahu membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat masih kukuh selepas dikatakan berpecah ekoran isu kontroversi kerajaan perpaduan baru-baru ini.

Ini kali pertama Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan seumpama itu sejak ikatan informal tersebut dibentuk April tahun lalu.

Idea kerajaan perpaduan dilihat sebagai isu kedua besar dialami Pakatan Rakyat. Awal tahun ini ia berhadapan dengan kontroversi hukum hudud yang turut menjadi bahan kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Mac lalu.

Salahuddin berkata, antara yang berucap pada perhimpunan itu ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dari awal menentang idea kerajaan perpaduan.

Pencetus idea itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga akan berucap.

Dua pemimipin Pakatan Rakyat yang turut dijadual berucap ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

PKR dan DAP juga membantah idea kerajaan perpaduan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan