Subra: MIC perlukan Timbalan Presiden berkesan, bukan berselindung

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam hari ini berkata hasratnya bertanding merebut kerusi itu pada pemilihan parti itu 12 dan 13 Sept ini bertujuan menyatukan kaum India dan anggota MIC khususnya.

Katanya ia juga sebagai usaha penting beliau untuk mengembalikan semula kerusi MIC yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum yang lepas.

"Kita perlukan seorang timbalan yang dapat mengembalikan kekuatan parti, menyuntik keyakinan dalam masyarkat India bahawa MIC masih relevan, dan yang mampu memainkan peranannya dengan berkesan, bukannya seorang timbalan yang hanya berselindung," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Nesa Serbaguna Berhad di sini Jumaat.

Mengenai hubungan beliau dengan presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu, Subramaniam berkata tiada pergeseran antara mereka.

Pada sidang akhbar itu, Subramaniam yang juga pengerusi Koperasi Nesa Serbaguna, mengumumkan pembahagian dividen enam peratus kepada ahli koperasi tahun ini.

Beliau berkata koperasi itu akan membina lebih 1,000 unit rumah kos rendah dan sederhana di seluruh negara untuk keperluan anggotanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan