Kementerian Kesihatan tetap guna istilah influenza A (H1N1)

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan tetap dengan pendirian untuk menggunakan istilah Influenza A(H1N1) kerana virus yang menyebabkan penularan wabak itu adalah gabungan tiga aspek iaitu human, avian dan swine seperti yang dikenal pasti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican di sini Jumaat.

Beliau berkata tiga faktor virus penularan wabak itu yang dikenal pasti oleh WHO ialah gabungan tiga aspek pertama disebabkan manusia, burung dan babi.

Malaysia juga mesti mematuhi arahan WHO kerana jika tidak menggunakan istilah itu bermakna negara lain akan menggunakan istilah berbeza yang akan mengakibatkan keadaan menjadi kelam-kabut.

Selain itu, katanya akan timbul salah faham di kalangan rakyat jika menggunakan istilah selesama babi yang akan menganggap hanya mereka yang memakan babi sahaja akan menghidap virus berkenaan.

"Kerana tiga sebab inilah, Kementerian Kesihatan tetap dengan pendirian bahawa kita akan menggunakan lagi istilah Influenza A(H1N1).

"Saya telah sampaikan maklumat ini kepada pihak menteri dan saya harap beliau (Datuk Seri Liow Tiong Lai) membawa perkara ini kepada perbincangan jemaah menteri pada hari ini," katanya kepada pemberita di sini.

Dr Mohd Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mencadangkan agar semua pengamal media kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan istilah Influenza A(H1N1) yang digunakan sekarang.

Rais berkata cadangan itu dibuat bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema itu dan mesej mengenainya akan dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada mereka.

Dr Mohd Ismail berkata jika selesema babi, ialah adalah selesema babi tetapi ia bukan selesema babi, tetapi virus yang menyebabkan Influenza A H1N1) ialah gabungan tiga aspek iaitu manusia, burung dan babi.

"Dan sebab itu pada 29 April lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan satu kenyataan untuk menukarkan nama selesema babi kepada Influenza A(H1N1) disebabkan oleh tiga gabungan itu. Ini bukan selesema babi yang anda lihat setiap hari. Ini sejenis virus baru," kata beliau.

Katanya penggunaan istilah yang berbeza juga akan menyebabkan kajian perbandingan tidak akan dapat dilakukan.

Dr Mohd Ismail berkata beliau juga bukan mahu menyoal cadangan yang diputuskan oleh pihak menteri berkenaan tetapi arahan daripada WHO mesti dipatuhi kerana Malaysia adalah anggota WHO.

"Jika anda tidak mengikuti WHO, siapa yang anda ikut. Dan anda hendaklah pastikan bahawa setiap negara akan menggunakan istilah yang sama," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan