Akta-akta di bawah bidang kuasa KDN akan dikaji semula - Hishamuddin

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 33 akta di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk amalan buang daerah akan dinilai dan dikaji semula bagi melihat kesesuaiannya dengan perkembangan semasa, sebelum dipinda.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata akta-akta itu telah digubal ketika negara dilanda krisis seperti darurat, konfrontasi, selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan untuk menentang komunis.

"Melihat pada suasana hari ini dengan perkembangan infrastruktur, jalan jalan raya, peningkatan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit, komputer, 'hubungan' boleh diwujudkan dalam sekelip mata.

"Ini menunjukkan bahawa peruntukan-peruntukan di bawah perintah sekatan seperti buang daerah dan aktaakta yang saya nyatakan tadi mungkin tidak relevan lagi," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata antara akta-akta yang akan dikaji semula ialah Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Bahan Letupan 1957, Akta Benda benda Kakisan dan Letupan dan Senjata Untuk Menyerang 1958, Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, Akta Perniagaan Secondhand 1946, Akta Keadilan Jenayah 1953 dan Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang-orang yang Tidak Diingini 1960.

Beliau berkata kementeriannya akan turut mendapatkan pandangan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO), pihak berkepentingan dan orang ramai mengenai perkara itu.

Sementara itu, Hishammuddin membidas sikap pembangkang yang menujukan soalan bertubi-tubi kepadanya dan tidak mahu mendengar penjelasan ketika beliau menjawab soalan mengenai pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

"Tindakan pembangkang di dewan hari ini menunjukkan mereka agak bimbang, kerana mereka tahu selepas kerajaan menunjukkan keseriusan untuk meminda ISA dan akta-akta di bawah KDN, maka mereka tidak boleh lagi menggunakan isu itu sebagai bahan untuk dipolemik atau dipolitikkan," katanya.

Hisham berkata beliau berharap dapat membawa usul pindaan ISA pada sidang parlimen akan datang selepas kajian mengenainya selesai.BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan