Waran tangkap MP Kapar dibatal, sepina dikeluarkan

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner hari ini mengenepikan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam pada hari Selasa lepas kerana mengelak untuk disepina bagi memberikan keterangan dalam inkues kematian aktres K. Sujatha.

Koroner Mohd Faizi Che Abu memutuskan bahawa terdapat merit dalam permohonan Manikavasagam, dan beliau mengarahkan supaya sepina diserahkan kepada Anggota Parlimen itu yang berada di mahkamah hari ini.

Beliau berkata ada dua isu untuk ditimbangkan oleh mahkamah dalam mengenepikan waran tangkap itu selepas mendengar hujah peguam Manikasavagam, N. Surendran.

Katanya isu pertama ialah sekiranya mahkamah perlu memulakan prosiding menghina terhadap Anggota Parlimen itu atau polis, tentang mengapa sepina tidak dapat diserahkan.

Kedua, untuk memastikan kehadiran saksi bagi memberi keterangan dalam inkues itu.

"Memandangkan Manikavasagam sedia memberi keterangan pada 9 Julai, saya serahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk menyiasat lebih teliti kedua-dua versi mengapa sepina tidak dapat dilaksanakan, dan sekiranya perlu, untuk memulakan prosiding menghina terhadap mereka yang berbohong kepada mahkamah," kata Mohd Faizi.

Inkues itu diadakan berikutan kematian Sujatha 28, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 25 Jun, 2007, enam hari selepas dimasukkan ke hospital itu kerana didakwa meminum racun serangga.

Selasa lepas Mohd Faizi mengeluarkan waran tangkap selepas mahkamah dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya Geethan Ram Vincent bahawa Manikavasagam beberapa kali mengelak cubaan polis menyerahkan sepina kepadanya.

Terdahulu Surendran dalam hujahnya berkata koroner tersilap dalam mengeluarkan waran tangkap memandangkan perintah itu tidak mematuhi Kanun Acara Jenayah (CPC).

Beliau berkata Anggota Parlimen tidak bersembunyi atau mengelak polis memandangkan beliau menghadiri persidangan di parlimen.

"Hujah kami adalah tidak banyak cubaan dilakukan oleh polis untuk menyerahkan sepina itu di rumah atau pejabat Anggota Parlimen, dan mereka hanya mencarinya dua atau tiga hari sebelum inkues," tambah Surendran.

Selepas keputusan koroner itu, Geethan Ram Vincent memaklumkan kepada mahkamah untuk rekod bahawa pejabat timbalan pendakwa raya tidak dapat menfail afidavit sebagai jawapan dalam masa yang ditetapkan memandangkan Manikavasagam sudah menerima afidavitnya di pejabat Peguam Negara lewat petang semalam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan