Universiti Malaya pantau virus H1N1 dalam kampus

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya kini memantau penularan virus Influenza A(H1N1) di kampusnya yang menempatkan lebih daripada 27,000 pelajar, termasuk 3,000 pelajar antarabangsa.

Naib Canselor UM Profesor Ghauth Jasmon berkata universiti itu akan memantau semua pelajar terutama penuntut dari negara berisiko tinggi seperti Amerika Syarikat, Kanada, Filipina, Australia, Mexico, New Zealand, Singapura dan Thailand.

Ia juga mewajibkan semua pelajar semester 1 bagi sesi pengajian tahun 2009/2010 mengisi Borang Deklarasi Kesihatan.

Selain itu, katanya UM turut menubuhkan Jawatankuasa Bertindak H1N1 bagi memantau dan menyediakan pelan tindakan yang berkenaan.

Klinik Kesihatan Pelajar dan Pusat Perubatan Universiti Malaya juga sentiasa diletakkan dalam keadaan bersedia bagi menerima kes H1N1, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ghauth berkata pelajar yang perlu dikuarantin akan ditempatkan di tiga tempat yang disediakan iaitu Rumah Antarabangsa, Rumah Kediaman Kakitangan Universiti Malaya dan Kolej Kediaman ke-11.

Selain itu, warga kampus UM juga tidak digalakkan ke luar negara kecuali atas alasan mendesak.

UM turut mengurangkan aktiviti melibatkan perhimpunan bagi mencegah penularan virus H1N1.

"Sebagai langkah kesedaran kepada warga kampus, taklimat dan poster maklumat berkenaan H1N1 akan diedarkan di sekitar kampus. Ini bagi memastikan setiap warga Universiti Malaya mempunyai maklumat yang sama berkenaan H1N1," katanya.

Sementara itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengkehendaki semua pelajar baharunya yang akan mendaftar pada sesi pertama 2009/2010 menjalani saringan H1N1 sebelum mendaftar di kolej kediaman masing-masing.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM Abdullah Arshad berkata saringan itu akan dijalankan pada 27 hingga 28 Jun, 2009 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM pada pukul 9 pagi.

"Semua pelajar baharu dikehendaki mematuhi arahan pemeriksaan kesihatan tersebut sebelum melaksanakan pendaftaran kolej kediaman bagi memastikan proses saringan dan proses pendaftaran seterusnya berjalan dengan lancar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi menangani penularan wabak H1N1.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Kesihatan sebelum ini meminta semua pihak di Institusi Pengajian Tinggi Awam melalui Pusat Kesihatan Universiti mengambil tindakan melakukan saringan virus H1N1 kepada pelajar baharu yang akan mendaftar.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan