Pakej pelancongan orang asli diperkenal

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Kementerian Pelancongan dalam usahanya menarik lebih ramai pelancong asing memperkenalkan pakej pelancongan Orang Asli yang antara lain bertujuan memperkenalkan gaya hidup dan warisan masyarakat tersebut.

Menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata pakej itu juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli yang selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat itu.

Ng berkata usaha mempelbagai tarikan dan pakej pelancongan ke negara ini adalah penting bagi meningkatkan lagi jumlah kehadiran pelancong asing yang kini semakin berkurangan akibat wabak Influenza A (H1N1).

"Statistik terbaru pelancong asing pada Mei lepas ke negara ini telah merosot, di mana bilangan pelancong yang hadir pada Mei tahun ini hanya berjumlah 1.894 juta berbanding dengan pada Mei 2008 yang seramai 1.899 juta," katanya pada sidang media selepas melancarkan pakej pelancongan Orang Asli di Sg Ruil di sini hari ini

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah berkenan berangkat untuk melancarkan program itu.

Turut berangkat ialah Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ng berkata pakej pelancongan Orang Asli iaitu lawatan ke perkampungan masyarakat tersebut berpotensi menarik minat pelancong dari Jepun, Korea, Singapura, Hong Kong, Jerman, negara-negara Skandinavia dan United Kingdom yang menghargai gaya hidup dan warisan masyarakat Orang Asli seluruh dunia termasuk Malaysia.

" Ini kerana negara maju menganggap masyarakat Orang Asli serta kehidupan tradisional mereka sangat eksotik dan menarik untuk dilawati," katanya dan menambah yang beliau yakin sektor pelancongan boleh mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat tersebut.

"Di mana pemudanya boleh menjadi pemandu pelancong, manakala wanitanya pula boleh menjadi tenaga kerja di bahagian perhotelan," katanya.

Semasa berucap pada masjlis pelancaran itu, Ng berkata, kementerian itu telah melatih beberapa Orang Asli untuk berkomunikasi dengan pelancong untuk program itu di mana pelancongan dapat mengikuti dengan baik kehidupan seharian masyarakat tersebut, termasuk membawa mereka mengenali rahsia hutan negara.

Beliau berkata pakej ini yang hampir sama dengan konsep homestay melibatkan 16 pakej perkampungan Orang Asli termasuk lawatan ke perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands, Taman Negara, Kuala Tahan, Tasik Chini, Hutan Belum dan Sungai Neggiri di Kelantan.

Katanya lokasi-lokasi ini dipilih berdasarkan kemudahan laluan menuju ke kawasan perkampungan masyarakat itu serta keterbukaan mereka menerima masyarakat luar serta wujudnya pelbagai tarikan dan aktiviti untuk pengunjung. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan