Mas Selamat tidak diekstradisi ke Singapura kerana keselamatan - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan tidak mengekstradisi Ketua Wakalah Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari ke Singapura adalah berdasarkan penglibatan aktifnya yang mengancam negara dengan rangkaian-rangkaiannya (kumpulan militan) yang wujud di seluruh dunia termasuk di rantau ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dengan penahanan Mas Selamat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun, dapat memastikan kegiatan aktifnya dan perhubungannya dengan kumpulan militan di rantau Asia dapat dikawal serta tidak mengancam Malaysia serta negara-negara jiran termasuk Indonesia dan Singapura.

Lagipun, kementerian itu juga mempunyai maklumat dan data mengenai Mas Selamat bagi membolehkan dia ditahan di bawah ISA, katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Jidin Sahfee (BN-Setiu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Mohd Jidin ingin tahu mengapa kerajaan bertindak menahan Mas Selamat di bawah ISA dan tidak menyerahkannya kepada kerajaan Singapura.

Hishammuddin berkata: "Saya tahu secara terperinci latar belakang Mas Selamat, perancangannya, rangkaiannya dan perhubungannya dengan kumpulan-kumpulan militan.

"Beliau telah dikenakan perintah tahanan di bawah ISA kerana kerajaan mendapati bahawa kegiatan itu bukan sahaja mengancam keselamatan negara kita tetapi dengan kedudukannya dan rangkaiannya turut boleh mengancam keselamatan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia," katanya.

"Penyusupan masuk Mas Selamat ke negara ini telah membangkit semula ideologi ekstrimis dan percayalah (daripada) maklumat yang kita perolehi, ianya merupakan satu perancangan yang cukup serius," kata Hishammuddin.

Sementara itu, pada sidang akhbar di lobi Parlimen, Hishammuddin berkata tindakan kerajaan menahan Mas Selamat di bawah ISA turut mendapat pengiktirafan dari Singapura.

Selain itu, negara juga memerlukan kerjasama dengan Indonesia untuk siasatan lebih lanjut," katanya.

Memandangkan Mas Selamat terlibat dengan kumpulan militan di luar negara dan dalam negara, kerajaan pada masa ini sedang menyiasat mengenai kumpulan itu, katanya.

Beliau berkata " kita tak ekstradisikan adalah kerana kita bimbang ia akan menjejaskan ketenteraman negara selain tak mahu meletakkan rakyat dalam risiko tinggi."

Terdahulu, menjawab soalan asal Mohd Jidin yang ingin tahu pecahan jumlah mereka yang ditahan di bawah ISA sejak 2004, Hishammuddin berkata seramai 29 orang ditahan di bawah kesalahan pemalsuan dokumen, pemalsuan wang syiling RM1 (17), Kumpulan Jemaah Islamiyah (18), Kumpulan Darul Islam (17), Kumpulan Hindraf (lima orang), penyeludupan pendatang tanpa izin (seorang), gerakan pemisah selatan Thailand (tiga orang) dan agen perisikan asing (tujuh orang).

Hishammuddin berkata sehingga kini hanya tinggal 12 orang tahanan ISA di mana enam daripadanya adalah warga negara dan enam lagi warga asing. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan