ISA: Pendekkan tempoh tahanan siasatan 50 peratus antara syor dikaji

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah memendekkan tempoh tahanan siasatan sebelum ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada 28 hari merupakan antara syor yang dikaji dalam meminda undang-undang itu.

Kini polis boleh menahan seseorang selama 60 hari sebelum Menteri Dalam Negeri menghantar mereka ditahan di Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting selama dua tahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya telah menerima pelbagai syor dan pandangan untuk diambil kira dalam proses meminda ISA.

Hishammuddin berkata, pindaan ISA dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen Oktober ini.

Jelasnya, kerajaan berpendapat sudah tiba masanya untuk kerajaan meneliti dan mengkaji akta tersebut berdasarkan kepada keperluan dan kepentingan negara pada masa ini.

“Tugas KDN sekarang ini adalah melihat ke hadapan dan mencari jalan melakukan pindaan akta. Tanggungjawaqb saya adalah kepada rakyat bukanlah pihak pembangkang,” katanya hari ini.

Beliau berkata, usaha dan ketegasan kerajaan Barisan Nasional (BN) bersungguh-sungguh untuk mengkaji dan melakukan pindaan kepada akta-akta tersebut ini telah menimbulkan reaksi kebimbangan pihak pembangkang yang telah menjadikan isu ini sebagai intipati hujah politik mereka.

“Pihak pembangkang hanya meletakkan keutamaan pada ISA, tetapi kerajaan BN melihat akta ini secara menyeluruh.

“Perkara ini tidak boleh lagi dijadikan isu dan bahan untuk dipolitikkan dalam kempen mereka dan ini memberi kebimbangan perancangan mereka yang berkisar politik,” katanya.

Pada masa yang sama Hishammuddin berkata, kerajaan sedang mengkaji semula untuk melakukan pindaan kepada 33 akta yang telah digubal sejak 50 tahun lalu sama ada masih lagi relevan buat masa ini atau sebaliknya.

“Kerajaan berpendapat sudah tiba masanya untuk meneliti dan mengkaji akta tersebut berdasarkan kepada keperluan dan kepentingan negara pada masa ini.

“Kajian dan pindaan itu amat perlu bagi memastikan akta-akta berkenaan terus kekal relevan dengan perkembangan semasa negara,” katanya.

“Sehingga kini, banyak undang-undang yang telah digubal dan menuntut kepada pemindahan mengikut keperluan masa.

Undang-undang yang sebelum ini digubal mungkin atas sebab tertentu dan perlu dilihat semula ialah Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Keadilan Jenayah 1953, katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, hukuman buang daerah tidak sesuai dilaksanakan pada masa ini dan turut dikaji berikutan perkembangan teknologi maklumat, perkembangan infrastruktur dan penambahbaikan sistem perhubungan jalan raya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan