Gaji penuh bagi pekerja cuti sakit

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pekerja yang disyaki dijangkiti virus Influenza A (H1N1) berhak menerima gaji harian penuh jika mereka diberikan cuti sakit oleh doktor, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata pekerja akan dibayar gaji penuh bagi kesemua hari semasa cuti sakit.

"Majikan mestilah mengiktiraf cuti sakit mereka dan menganggap jangkitan ini seperti penyakit lain," katanya kepada pemberita selepas muncul pada Program Dialog RTM di sini malam tadi.

Menurutnya pekerja yang dijangkiti dengan virus ini mestilah dikuarantin untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu sementara majikan mestilah membenarkan mereka bercuti sakit tetapi dengan pengesahan doktor.

Menteri itu mengulas laporan bahawa sesetengah majikan hanya membenarkan cuti tanpa gaji untuk pekerja mereka yang disyaki dijangkiti virus itu sungguhpun mereka mempunyai sijil perubatan daripada hospital atau klinik.

Dr Subramaniam berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk mengklasifikasikan Influenza A (H1N1) sebagai satu jenis penyakit, yang melayakkan pekerja mendapatkan bantuan daripada pertubuhan itu semasa pekerja berkenaan dijangkiti virus itu semasa bertugas.

Beliau juga meminta majikan untuk mengambil tindakan perlu bagi mengelakkan pekerjanya daripada dijangkiti dengan virus tersebut, pekerja pula hendaklah sentiasa mengikuti maklumat terkini daripada Kementerian Kesihatan mengenai penyakit itu.

Terdahulu semasa sesi soal jawab pada program itu, Dr Subramaniam berkata kementeriannya mahu melatih pembantu rumah tempatan melalui institusi latihan yang ada tetapi tidak pengambilan.

"Tidak ada respon walaupun kementerian itu mengambil beberapa langkah," katanya sambil menambah kementerian tersebut mahu mewujudkan satu kumpulan pembantu rumah yang profesional dan menggredkannya.

Bagaimanapun, kita belum lagi meminggirkan idea itu dan cuba cara lain untuk menarik orang tempatan menjadi pembantu rumah," kata beliau.

Beliau juga mengalungalukan maklumbalas daripada orang ramai mengenai keputusan kementerian itu untuk melaksanakan cuti sehari dalam seminggu bagi pembantu rumah tempatan dan asing.

"Kita hanya laksana peraturan itu setelah semua pandangan terutamanya daripada majikan diambilkira," katanya sambil menambah bahawa majikan hendaklah juga menyedari bahawa peraturan itu perlu untuk mengekalkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang demokratik dan stabil yang menghormati hak individu dan pekerja. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan