Beri galakan kepada anak minat seni lukis - Rosmah

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor berkata ibu bapa hendaklah memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak yang menunjukkan minat terhadap bidang seni lukis kerana ia boleh dijadikan kerjaya menjamin masa depan jika dibangunkan secara profesional.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terdapat ibu bapa kurang memberi perhatian dan galakan kepada anak-anak yang berminat dengan bidang itu kerana menganggap kerjaya sebagai pelukis tidak menjamin masa depan.

"Pandangan sebegini perlulah dihakis kerana sebagai contoh terdapat segolongan pelukis handalan di Malaysia seperti Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein, Hoessein Anas, Datuk Syed Ahmad Jamal, Latif Mohaiden dan Datuk Chuah Thean Teng yang bukan sahaja terkenal di peringkat negara malahan antarabangsa," katanya semasa merasmikan pertandingan melukis "Wiraku Patriotisme : Ke Arah 1Malaysia" di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di sini, hari ini.

Rosmah berkata penghayatan terhadap seni lukis dianggap tunjang kepada pembinaan teras jati diri dan melengkapkan pembangunan emosi seseorang individu.

Katanya pertandingan melukis anjuran BSLN dengan kerjasama Affin Bank Berhad dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) itu merupakan satu usaha positif ke arah perpaduan dan penyatuan masyarakat.

"Saya melihat pelaksanaan program ini sebagai satu titik tolak dalam menyedarkan murid sekolah daripada peringkat rendah lagi tentang semangat kecintaan terhadap negara serta peri pentingnya mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat," kata Rosmah.

Katanya pertandingan itu merupakan satu landasan awal dalam usaha memupuk rasa jati diri dan kecintaan luhur di kalangan kanak-kanak mengenai wira negara yang menyumbang bakti kepada negara.

Sementara itu, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Heng Seai Kei berkata bidang seni tergolong dalam industri kreatif adalah antara penyumbang kepada pendapatan ekonomi individu, pertubuhan dan juga negara.

"Pemasaran karya seni lukis perlu dieksploitasi dengan pendekatan baru dan memerlukan strategi dan perancangan pemasaran yang tekun, bijak dan cekap dengan membina jaringan global," katanya.

Beliau juga menyeru supaya agenda 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri dapat diterjemahkan dalam bentuk aktiviti melukis secara beramai-ramai, melibatkan komuniti awam terutamanya para pelajar.

Pertandingan melukis, yang dianjurkan sempena sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai ini, melibatkan kira-kira 600 penyertaan murid sekolah rendah daripada 195 sekolah di Wilayah Persekutuan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan