A(H1N1): Majikan digesa benarkan cuti tujuh hari tanpa rekod

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majikan didesak supaya membenarkan cuti tanpa rekod selama tujuh hari kepada kakitangan mereka yang dikuarantikan ekoran disyaki dijangkiti virus Influenza A (H1N1) selepas pulang dari Amerika Syarikat, Filipina, Australia atau Mexico, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya beliau akan mencadangkan perkara tersebut kepada Kabinet minggu hadapan.

Tambahnya cuti bagi lebih daripada 100,000 kakitangan kementerian telah dibekukan sehingga notis lanjut bagi memastikan kawalan selesema dilaksanakan dengan berkesan.

Liow mengumumkan 11 kes baru, dengan tiga penularan tempatan manakala lapan kes lain diimport.

Daripada tiga kes penularan tempatan itu, dua daripadanya ialah rakyat Malaysia dam satu dari Yaman manakala kes-kes diimport itu adalah rakyat asing dari Ireland, Australia dan Filipina.

Liow juga berkata kementeriannya akan mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar sekolah-sekolah terutamanya di Lembah Klang agar tidak menggunakan penyaman udara dalam bilik darjah sebaliknya membuka tingkap dan pintu bagi memastikan sistem pengudaraan yang baik sebagai langkah mengawal penyebaran virus.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan