Sistem dua pakatan lebih baik daripada kerajaan perpaduan - Khalid

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Sistem dua pakatan parti lebih baik daripada kerajaan perpaduan kerana ini akan membolehkan amalan mengawasi dan menegur dipraktik, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jika kita kaji daripada segi politik, konsep kerajaan perpaduan ini akan mengelirukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan ulang tahun ke-10 Universiti Industri Selangor (UNISEL) di sini semalam.

Khalid, yang juga Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Selangor, diminta mengulas keputusan pakatan pembangkang terdiri PKR, PAS dan DAP, semalam yang menolak cadangan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang agar satu kerajaan perpaduan diwujudkan bagi mengatasi kemelut politik yang melanda negara ini.

Beliau berkata bahawa negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia juga mengakui tentang kebaikan mempunyai dua parti yang kuat.

Khalid berkata sistem dua gabungan parti akan memastikan bahawa setiap daripada parti itu akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan