Pelajar dipercayai mati lemas dalam longkang

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi di sini ditemui mati pagi tadi dipercayai lemas di dalam longkang di hadapan sekolahnya.

Mayat Ahmad Akbar Abdullah, pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan ditemui beberapa orang rakan sekolahnya dalam longkang tidak berpenutup sedalam kira-kira satu meter yang dipenuhi air hujan kira-kira 7.15 pagi.

Mayat itu dibawa polis ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Ayah mangsa, Abdullah Sulong, 58, seorang nelayan, berkata anaknya yang dipanggil "Pok" itu keluar dari rumah di Perumahan Awam Kos Rendah Kempadang Perdana 19 di sini dengan menaiki basikal untuk membeli 'burger' di sebuah gerai kira-kira 200m dari rumahnya pada 9.30 malam tadi.

"Sejak itu, Pok langsung tidak pulang ke rumah dan kami tidak mengesyaki apaapa kerana dia kebiasaannya jarang berada di rumah pada waktu malam kerana mengikuti aktiviti surau di Batu Tiga dekat sini," katanya ketika ditemui di HTAA di sini.

Abdullah berkata anaknya itu yang kesebelas daripada 13 adikberadik. Jenazah akan dikebumikan di Anak Air, Tanjung Lumpur di sini pada petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff ketika mengesahkan kejadian itu berkata pada masa ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang terbabit sebelum lemas akibat aliran air deras ekoran hujan lebat awal pagi tadi. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan