MT Umno bertemu malam, dijangka fokus Manek Urai

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Tertinggi (MT) Umno bermesyuarat malam ini, dijangka membincangkan isu-isu semasa termasuk pilihan raya kecil Manek Urai dan idea kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan mesyuarat hari ini sebagai pertemuan bulanan yang biasa.

"Ini mesyuarat bulanan biasa saja... biasa saja," kata beliau ketika ditemui di Parlimen tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, antara isu yang akan dibincangkan adalah isu berkenaan dengan calon yang bakal mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.

"Mesyuarat (MT) malam ini, mesyuarat biasa sahaja, tak ada isu-isu spesifik kita bincang semua perkara. Ia hanya mesyuarat bulanan untuk semua ahli MT," katanya kepada mStar Online. Ditanya adakah isu penolakan idea penubuhan kerajaan perpaduan yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat Isnin lalu akan turut dibincangkan dalam mesyuarat MT itu nanti, Ahmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kita tunggu apa yang akan dicakapkan oleh Presiden (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) nanti," katanya.

Menurut Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, mesyuarat MT malam ini dijangka bermula pada pukul 8:30 malam dan berakhir selepas dua jam jika tiada isu-isu berbangkit.

"Macam biasa, Presiden akan pengerusikan mesyuarat dan ahli-ahli MT akan bincang mengenai agenda mesyuarat yang telah dipersetujui," katanya.

Kelmarin, Majlis Pimpinan Pakatan menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan