Mahathir: Pemimpin politik perlu berdisiplin

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seseorang pemimpin politik perlu berdisiplin dan sanggup mengetepikan kepentingan peribadi dalam usahanya membina negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dalam hal berfikir, anda perlu cukup berdisiplin kerana fikiran berdisiplin berkemungkinan membawa hasil yang diharapkan".

Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya berjudul "Asian Political Leadership: Disciplined Thinking For Change" di Persidangan Antarabangsa ke14 mengenai Pemikiran (ICOT) 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Sidang lima hari itu, yang bermula Isnin, dihadiri oleh kirakira 500 peserta dari 42 negara termasuk Malaysia.

Dr Mahathir juga berkata kebolehan Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada 1997 adalah hasil dari proses pemikiran berdisiplin oleh kerajaan ketika itu.

Ia telah dapat menghasilkan satu kaedah bagi menyelamatkan negara dari krisis itu, tidak seperti mereka yang menerima penyelesaian alternatif yang ditawarkan oleh badan kewangan dunia, katanya.

Dr Mahathir berkata adalah baik "untuk meragui penyelesaian yang ditawarkan oleh pihak lain".

Katanya, keputusan pemimpin politik juga memain peranan penting, terutama dalam menentukan sama negara maju atau mundur.

"Contoh baik dapat dilihat pada negara Jepun yang moden dan cukup maju selepas pemimpin-pemimpin politiknya memutuskan untuk mencontohi negara-negara Eropah. Begitu juga China, bagaimana di bawah Deng Xiao Ping negara itu telah bergerak ke arah permodenan.

"Kini, China sebuah negara pembuat terbesar di dunia dan mereka boleh menghasilkan hampir apa saja. Walaupun sesetengah pihak berkata produknya bermutu rendah, saya percaya ini boleh ditambah baik akhirnya," kata beliau.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mengingatkan, bila seseorang memegang kuasa, adalah sukar untuk menyingkirkannya walaupun ia bukan seorang pemimpin yang baik dan telah membawa kemusnahan kepada negaranya.

"Di bawah sistem demokrasi, rakyat perlu menunggu sehingga pilihan raya seterusnya untuk menyingkir atau menukar pemimpin yang tidak baik, dan dalam pada itu rakyat akan menderita," katanya.

Dr Mahathir berpendapat kualiti kepimpinan yang diperlukan di negaranegara Asia adalah berbeza dengan di Eropah kerana perbezaan budaya.

"Di Eropah, idea mereka hampir serupa dan situasi yang wujud membolehkan mereka mencontohi satu sama lain, tetapi ini berbeza dengan negara-negara Asia di mana sistem nilai dan budaya mereka berbeza. Akibatnya, pembangunan di Asia tidak seimbang," katanya.

Kepada satu soalan daripada hadirin mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia perlu mempelajari bahasa ilmu supaya mendapat akses kepada penemuan-penemuan dan teori terbaru dalam Sains dan Teknologi yang menggunakan Inggeris sebagai bahasa utamanya.

"Walaupun kita belajar terbaik dengan bahasa ibunda kita, kita tidak boleh mengharapkan orang lain terus atau sentiasa membantu menterjemah maklumat atau penemuan dalam bahasa lain semata-mata untuk faedah kita," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan