Kualiti udara di beberapa bandar utama semakin baik

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa bandar utama dalam negara menyaksikan kualiti udara yang lebih baik pagi ini.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga pukul 11 pagi ini yang dipaparkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAs) dalam laman webnya menunjukkan bahawa semua 50 kawasan yang dipantau berada pada tahap antara sihat (0 hingga 50) dan sederhana (51 hingga 100).

Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan IPU 70 berbanding 76 pagi semalam.

IPU bagi Kampung Air Putih di Taiping pula adalah 66 manakala Pasir Gudang di Johor dan bandaraya Melaka mencatatkan bacaan pada 63.

Bacaan IPU Petaling Jaya, Cheras dan Putrajaya masingmasing ialah 59, 59 dan 58.

Kualiti udara di Sabah dan Sarawak juga semakin bertambah baik dengan Sri Aman mencatatkan bacaan 42, Miri (46), Kota Kinabalu (37), Kuching (44) dan Labuan (41). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan