Kerajaan diminta timbang cadangan bina jambatan ketiga

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Kerajaan diminta mempertimbangkan semula cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Singapura dengan Timur Johor kerana terlalu banyak pintu keluar masuk dari negeri ini ke negara jiran hingga boleh menimbulkan masalah daripada segi kawalan keselamatan.

Datuk Abdul Halim Suleiman (BN-Puteri Wangsa) berkata sebuah negara tidak sepatutnya mempunyai terlalu banyak pintu keluar masuk ke negara jiran kerana menyukarkan kawalan keselamatan hingga boleh menjejaskan ketenteraman rakyat.

"Saya menyokong pembinaan jambatan ini kerana banyak manfaatnya daripada segi ekonomi. Tetapi, kerajaan perlu berfikir panjang dengan mengadakan rundingan pelbagai pihak terutama sekali Sultan Johor sebelum meneruskan pembinaannya," katanya dalam perbahasan usul menjunjung titah ucapan Sultan Johor pada persidangan Dewan Negeri Johor, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Khamis lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail ketika menyampaikan titah perasmian Sultan Johor, Sultan Iskandar menyatakan bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga di Timur Johor seperti diumumkan kerajaan bulan lalu.

Beliau berkata perkara yang turut perlu difikirkan kerajaan untuk membina jambatan tersebut adalah bagaimana kapal dagang hendak berlabuh di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang.

"Ini semua muslihat yang perlu difikirkan demi kepentingan generasi masa depan. Saya tidak mahu generasi masa depan menyalahkan kita atas apa yang berlaku," tegasnya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan