Kecekapan pengurusan PTPTN dipertingkat

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan kecekapan pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menampung kekurangan dalam dana perbelanjaannya ekoran keputusan mengurangkan caj pengurusan bagi pembiayaannya berkuatkuasa tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khalid Nordin berkata antara langkah yang diambil ialah mengenal pasti proses kerja yang boleh disingkatkan dan diautomatikkan seperti memperkenalkan permohonan secara online kepada pelajar yang ingin memohon pembiayaan selain memperkenalkan kaedah bayaran balik pinjaman melalui perbankan Internet.

Menjawab soalan Tan Sri Ong Ka Ting (BNKulai) mengenai bagaimana PTPTN akan menampung kekurangan dana apabila caj pengurusannya dikurangkan daripada tiga peratus kepada satu peratus bermula 1 Jun tahun lepas, Mohd Khalid berkata selari dengan jumlah pinjaman yang dikeluarkan dan jumlah bayaran balik yang sepatutnya dibayar oleh peminjam semakin meningkat, jumlah pendapatan daripada caj pengurusan sebanyak satu peratus juga akan meningkat.

Menjawab soalan tambahan Ong mengenai tindakan PTPTN untuk meningkatkan kadar bayaran balik pinjaman, beliau berkata kerajaan menggalakkan peminjam berunding dengan PTPTN supaya mereka "tidak menyepi" setelah keluar daripada universiti dan mendapat pekerjaan.

Katanya cadangan agar PTPTN bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan dikemukakan kepada kabinet bagi menyenangkan peminjam membayar pinjaman mereka melalui potongan gaji berasaskan pendapatan.

Bagi peminjam tegar, Mohd Khalid berkata, Kementerian Pengajian Tinggi turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri, melalui Jabatan Imigresen, untuk memastikan bahawa mereka tidak boleh keluar negara.

"Setakat ini, 17,000 peminjam telah disenaraihitamkan," katanya.

Sehingga 31 Mei lepas, PTPTN meluluskan RM27.3 bilion kepada lebih 1.3 juta peminjam dengan jumlah pinjaman terkumpul yang patut bayar balik sebanyak RM2.5 bilion dan jumlah yang dikutip sebanyak RM1.2 bilion (47 peratus).

"Dari segi jumlah peminjam, ada peningkatan mereka yang bayar balik, iaitu dahulu 50 peratus, kini 74.2 peratus sudah mula bayar balik," kata Mohd Khaled. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan