Huan mahu terus berkhidmat sebagai Naib Presiden Gerakan

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Naib Presiden Gerakan yang digantung, Huan Cheng Guan berkata beliau akan terus berkhidmat kerana mendakwa keputusan menggantungnya oleh jawatankuasa kerja pusat parti sebagai tidak sah.

Beliau berkata beliau tidak akan membuat rayuan kerana penggantungan selama tiga tahun itu diluluskan tidak berdasarkan peraturan dan oleh itu ia tidak sah.

Huan turut melahirkan rasa kecewa dengan presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang dikatakannya gagal untuk menunaikan janji bagi mengurangkan tempoh penggantungannya sekiranya beliau membalas surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya dalam masa yang ditetapkan.

Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow yang dihubungi enggan mengulas mengenai kenyataan Huan itu, sebaliknya meminta Huan agar mengemukakan surat rayuan dalam tempoh 14 hari seperti yang telah ditetapkan.

Anggota akar umbi dari tiga cawangan parti di dalam bahagian Batu Kawan, didapati turut membantah tindakan penggantungan Huan dan meminta dikaji semula keputusan itu di samping memberi peluang kepada Huan untuk membela diri.

Jurucakap bagi sebahagian anggota dari cawangan Taman Supreme, Stadium dan Bukit Tambun, K. Prabakaran berkata, tindakan ke atas Huan merugikan parti kerana Huan selama ini amat mesra dengan akar umbi dan berkhidmat secara ikhlas.

Beliau memberitahu pemberita, pemimpin Gerakan perlu mendengar suara akar umbi.

Ketiga-tiga cawangan itu mempunyai lebih 1,000 anggota. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan