A(H1N1): Tutup semua sekolah hanya pilihan terakhir, kata PM - Berita Semasa | mStar

A(H1N1): Tutup semua sekolah hanya pilihan terakhir, kata PM

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah penutupan sekolah-sekolah di Lembah Klang bagi mencegah penularan influenza A (H1N1) hanya akan dilakukan sebagai pilihan terakhir, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak hari ini.

Jelas beliau, kerajaan akan meggunakan langkah pencegahan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan sedemikian.

"Kita kena pastikan langkah terbaik diambil untuk kawal penularan virus ini. Saya boleh katakan tutup sekolah adalah langkah terakhir yang akan kita ambil," kata beliau di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ekoran perkembangan terbaru iaitu sebanyak 12 kes baru A(H1N1) dikesan sepanjang 24 jam lalu, sehingga pagi tadi, dengan 10 kes import baru dan tambahan dua jangkitan tempatan.

Malaysia telah merekodkan 80 kes setakat ini iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan.

Tambah Najib, langkah penutupan sekolah pada waktu ini mungkin akan mencetuskan situasi panik di kalangan masyarakat.

"Jika kita tutup sekolah ia akan wujudkan situasi panik di kalangan rakyat.

"Tapi itu bukan sesuatu yang kita tak akan buat, tapi kita buat langkah lain dulu.

"Jika langkah lain tidak berkesan dan virus terus merebak dengan cepat dan jumlahnya meningkat, kerajaan akan pertimbangkannya," katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan