Tiada perubahan berhubung cuti sehari kepada pembantu rumah - Subramaniam

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan tidak mungkin berundur daripada keputusan untuk menguatkuasa peraturan bagi memaksa para majikan memberikan cuti sehari kepada pembantu rumah tetapi berjanji akan meneliti semua pandangan daripada majikan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam hari ini.

Katanya sementara kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi majikan, pembantu rumah juga layak mendapat cuti sehari dalam seminggu sama seperti pekerja di sektor lain seperti yang ditetapkan dalam Akta Pekerjaan.

"Kami akan meneliti semua pandangan yang dikemukakan para majikan sebelum menguatkuasakan peraturan itu (yang dijangka dilaksanakan tahun ini)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan sumber manusia Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia.

Akta Pekerjaan akan dipinda bagi memasukkan peraturan baru, katanya.

Katanya ramai majikan khuatir jika pembantu rumah terdedah dengan pelbagai masalah sosial jika mereka diberikan cuti sehari.

Dr Subramaniam berkata kementeriannya sedang mengumpul maklum balas daripada para majikan berhubung rungutan mereka membabitkan pengambilan pembantu rumah dan masalah sosial yang mungkin berbangkit disebabkan cuti sehari itu.

Sementara ada majikan yang enggan mengulas cadangan itu, banyak majikan yang menolak cadangan itu dengan sebilangan badan bukan kerajaan seperti Tenaganita dan Majlis Peguam menghargai usaha kementerian itu.

Beliau berkata Jabatan Tenaga Kerja akan berbincang dengan agensi pengambilan, tidak lama lagi, bagi menyelesaikan pelbagai isu yang diutarakan oleh majikan pembantu rumah terutama rakyat asing.

Katany para pegawainya akan berbincang dengan rakan mereka di Indonesia jika terdapat keperluan untuk meminda Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia berhubung pekerja asing terutama pembantu rumah.

"Tidak lama lagi, jawatankuasa bersama antara kedua buah negara akan bermesyuarat dan kami akan meneliti MoU itu terutama mengenai yuran pengambilan pekerja dan menggaji pekerja tempatan (Indonesia) melalui agensi pengambilan pekerja," katanya.

Dr Subramaniam berkata walaupun terdapat kes di mana para majikan membayar antara RM4,000 hingga RM6,000 atau lebih kepada agensi pengambilan pekerja untuk menggaji pekerja tempatan dari Indonesia, jumlah yang dipersetujui antara Malaysia dan Indonesia mengikut MoU itu adalah RM4,000 bagi seorang pekerja.

"Apa yang dibayar majikan adalah di luar kawalan kami kerana ia berlaku di pihak Indonesia," katanya sambil menambah bahawa mesyuarat jawatankuasa bersama itu akan menangani isu itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan