SPRM minta Anggota Parlimen Kapar mohon maaf

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menafikan kenyataan Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam kononnya fail laporan mengenai penyalahgunaan kuasa dalam pembahagian tanah pemilikan revolusi hijau di Kampung Perepat Kapar, Selangor hilang.

Berita mengenai kehilangan fail itu dimuatkan di muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam.

Susulan itu Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull menuntut Manikavasagam serta penulis berita berkenaan untuk memohon maaf.

"Sekiranya apa yang dikatakan Anggota Parlimen itu benar sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar itu, dia (Manikavasagam) perlu memohon maaf kerana laporan itu jelas satu fitnah dan sengaja untuk menjejaskan imej SPRM," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata satu laporan polis juga sudah dibuat di Shah Alam pada pukul 5.45 petang ini.

Laporan akhbar itu mengatakan bahawa pada Jumaat lepas, Manikavasagam datang ke pejabat SPRM di Shah Alam dan mendakwa pegawai di situ memaklumkan kepadanya bahawa fail laporan yang dibuat penduduk kampung tahun lepas telah hilang.

"Laporan akhbar itu juga turut memuatkan kenyataan saya sedangkan saya tidak pernah pun bercakap dengan penulis berita itu," katanya sambil menunjukkan laporan polis dan fail yang dikatakan hilang itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan