Pelajar di SMK Damansara Utama positif H1N1 baru pulang dari Australia

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama di sini disahkan menghidap penyakit Influenza A (H1N1) setelah pulang dari Melbourne, Australia, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata pelajar terbabit dan adik perempuannya yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta di sini turut didapati positif menghidap penyakit H1N1 setelah pulang dari negara tersebut pada musim cuti persekolahan barubaru ini. "Ekoran itu, seramai 64 pelajar SMK Damansara Utama dikuarantin selama seminggu sejak Ahad (21 Jun) lepas.

"Daripada 64 pelajar itu, 39 pelajar berada kelas yang sama dengan pelajar terbabit, 12 pelajar melakukan aktiviti pengakap bersama pelajar itu manakala 13 pelajar lagi berada pada kenderaan yang sama dengannya untuk ke sekolah," kata Alimuddin kepada pemberita selepas melawat SMK Damansara Utama di sini hari ini.

Katanya pihak pengurusan SMK Damansara Utama melakukan pemantauan terhadap pelajarpelajarnya dan akan terus menghantar pelajar ke hospital sekiranya mereka menunjukkan simptomsimptom H1N1.

"Wakil dari Jabatan Kesihatan Selangor akan datang ke sekolah SMK Damansara Utama setiap hari untuk memberi maklumat lengkap kepada pihak sekolah dan pelajar termasuk ibu bapa kepada 64 pelajar yang dikuarantin," katanya.

Selain itu, katanya sebagai langkah pencegahan, pihak pengurusan sekolah itu akan membersihkan seluruh kawasan sekolah, kelas termasuk meja dan kerusi menggunakan ubat pencuci dari hospital.

Pihak pengurusan sekolah juga, katanya akan melakukan soal selidik di kalangan pelajar yang baru pulang dari luar negara barubaru ini untuk mendapatkan maklumat. Apabila ditanya kenapa pihak kementerian tidak bertindak menutup SMK Damansara Utama buat sementara waktu, beliau berkata ini kerana pelajar terbabit baru pulang dari luar negara.

Alimuddin berkata buat masa ini pihak kementerian menumpukan kes jangkitan tempatan di sekolahsekolah di seluruh negara.

Beliau berkata pihak kementerian tidak mahu mewujudkan suasana panik dengan tindakan menutup sekolah akibat penularan virus itu dan sentiasa menasihati ibu bapa serta pelajar supaya menjaga kebersihan diri sebagai langkah pencegahan. Hari ini dua buah lagi sekolah ditutup menjadikan kesemuanya empat dengan jumlah kes meningkat kepada 68 berikutan penularan tempatan Influenza A (H1N1). Seri Cempaka International School di Cheras ditutup sehingga Sabtu ini manakala Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 1 di Petaling Jaya ditutup selama seminggu.

Dua hari lepas, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2 di Petaling Jaya ditutup seminggu kerana penularan tempatan selesema tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan