PAS tolak kerajaan perpaduan

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS semalam sebulat suara bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti itu akibat daripada permainan politik Umno.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu juga kini bersetuju untuk menolak polemik Kerajaan Perpaduan sepertimana yang diputuskan oleh Presiden PAS dalam satu kenyataan bersama di Bangunan Parlimen petang semalam.

"Kami bersama-sama dalam satu saf (pasukan) yang padu untuk terus bersamasama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanah air," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan saf tertinggi kepimpinan PAS di ibu pejabat parti itu di sini, semalam.

Pada pertemuan itu juga, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa beliau menarik balik segala kenyataannya terhadap Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa serta menegaskan perkara itu tidak akan berbangkit lagi.

Sebelum ini, krisis menubuhkan kerajaan Perpaduan yang telah dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat tentangan daripada Mursyidul Am PAS itu sehingga beliau meminta Nasharudin meletakkan jawatan sekiranya ingin meneruskan hasrat itu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan