Kerajaan perpaduan: Tidak timbul soal BN lemah, kata Najib

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap mampu untuk meneruskan agenda pentadbiran negara meskipun Pakatan Rakyat telah menolak idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan PAS.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini yang menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu.

Najib berkata, kerajaan BN masih kukuh dan mampu melaksanakan program pembangunannya.

"Istilah kerajaan perpaduan datang daripada mereka (PAS) sendiri.

"Kita masih tetap dengan pendirian kita, sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupun mereka datang daripada parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di luar negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melontarkan cadangan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan, bagaimanapun idea tersebut mendapat tentangan daripada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ditanya adakah penolakan cadangan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh PAS itu akan menyebabkan kerajaan BN lemah, Najib berkata: "Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan."

Jelasnya, reaksi yang diberikan oleh kerajaan BN terhadap cadangan itu adalah sekadar memberikan respons positif kerana menganggap ia (kerajaan perpaduan) sesuatu yang baik untuk negara.

Ketika ditanya sama ada penolakan oleh pakatan pembangkang itu akan merugikan orang Melayu, Najib berkata:

"Saya rasa tidak. Saya harap mereka menimbang dengan betul apa saja yang mereka buat.

"Kita pula tidak akan terbawa-bawa dengan persoalan sama ada perbincangan ini diadakan atau pun tidak."

"Apa yang penting ialah kita tangani dengan baik perbezaan kita dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara," katanya.

Ditanya sama ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan ini akan diadakan di masa hadapan, Perdana Menteri berkata, dalam politik apa saja boleh berlaku.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan