Usul ditolak, MP persoal koordinasi sekretariat Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen 'kecewa' apabila Speaker Dewan Rakyat menolak usul tergempar masing-masing sambil salah seorang meminta agar dibenarkan untuk perbahasan kerana menyentuh kepentingan awam.

Sebaik sahaja sesi soal jawab selesai, Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali meminta diberi kebenaran untuk membahaskan usul beliau berkenaan biasiswa untuk pelajar bumiputera.

Ibrahim bertegas bahawa usul beliau harus dibahaskan kerana "ia perkara yang tertentu, berkehendak disegerakan dan berkenaan dengan kepentingan orang ramai."

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menolak usulnya di kamar beliau.

Ibrahim ketika ditemui mStar Online memberitahu, beliau kecewa kerana usul berkenaan telah ditolak.

"Saya dimaklumkan usul ini ditolak kerana telah disentuh (oleh menteri) pada sesi lalu," kata beliau yang ketika di dalam Dewan Rakyat turut menunjukkan fail yang menurutnya mengandungi permohonan biasiswa yang tidak mendapat kelulusan kerajaan.

Usulnya memohon untuk ditangguhkan mesyuarat bagi tujuan membincangkan isu berkenan biasiswa bumiputera.

Usul itu mendesak supaya kerajaan memberi biasiswa kepada semua pelajar bumiputera secara automatik tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang mendapat tawaran di universiti luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan kerana ramai yang mendapat tawaran termasuk di universiti-universiti terkemuka tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana tidak mendapat biasiswa.

Katanyam ia selaras dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan di mana hak keistimewaan Melayu adalah hak bumiputera di bawah kuasa Majlis Raja-Raja.

Usul ini perlu dilulus untuk dibahaskan kerana ia perkara yang tertentu, berkehendak disegerakan dan berkenaan denhan kepentingan orang ramai, kata usul Ibrahim.

Sebaik sahaja Ibrahim berucap, Ahli Parlimen Batu (PKR), Tian Chua berkata, usul beliau berkaitan laporan penyeludupan manusia ditolak atas alasan Parlimen telah menerima usul Ibrahim terlebih dahulu.

"Saya terima surat mengatakan usul saya ditolak atas alasan ada menerima usul daripada Pasir Mas, jika begitu biarkan usul Pasir Mas diterima untuk pembahasan," katanya.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee berkata, mengikut aturan mesyuarat hanya satu usul akan diterima untuk pertimbangan setiap hari.

Kedua-dua permintaan itu ditolak Ronald.

Kemudian Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan pula bangun meminta supaya diwujudkan satu bentuk penyelarasan di sekretariat Parlimen agar tidak wujud masalah dua usul diterima dan kemudian ditolak.

Katanya, jika hanya satu usul yang diterima, maka sekretariat perlu memaklumkan tentang status supaya wakil rakyat mempunyai maklumat untuk tindakan susulan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan